Tuesday 18 December 2012

Syahdu yang Sunyi


Bila celik, juga bila mimpi.
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang disisi.
Dia ukir senyummu dengan izin dan permisi.

Sentuhan katanya semua kau iakan,
Gundahnya kau prihatinkan dan sibukkan.
Aku redha walau tidak ku damba,
Walau hampa semuanya dah dijangka.

Malam ini aku disini,
Menanti sesuatu yang tak pernah pasti.
Mengapa sunyi menyelubungi hati?
Ibarat angin gelap seolah mengerti.

Penat ku sorok kitab hati, biar bicara terus mati,
Tapi telah terungkai segala isi,
Belum sempat ungkap disusun rapi,
Kini kata akal telah mati.

Apa bisa aku lakukan dengan hati rapuh,
Andai segala sukar kutempuh?

Matahari tak pernah wujud, tapi bulan tidak.
Gelap biar luas, terang tetap mendongak.
Biar aku sendiri, menyelami, memahami,

Syahdu yang sunyi.

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah




Sebagai Muslimin dan Muslimah, mari kita sama sama setkan niat baru bagi menyambut tahun baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulakan tahun baru dengan niat, azam dan satu matlamat baru untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.

Salam Maal Hijrah 1434. 


Tuesday 28 August 2012

Aku yang baru




































********************************

GMI atau German Malaysian Institute, aku tak pernah terbayang yang aku akan berada di sini. Walaupun sebuah impian, langsung, aku tak pernah. Bukan setakat itu aje, sejak aku hidup selama 17 tahun, aku tak pernah terdengar walau sepatah pun nama kampus GMi.

Tapi, bak kata orang, kalau jodoh tak ke mana. Tup tup, aku dah ada kat sini. Perjalanan aku mungkin bermula lepas habes spm. Dapat result, mohon sana sini, isi matriks, upu segala adik beradik borang permohonan lepasan spm aku isi, satu pon tak terasa berkenan dekat hati.

Entah macam mana, bila dapat tawaran daripada GMi, hati aku terus terpaut. Puas aku buat research sana sini, betul ke GMi ni bagus. Yelah kan, ini tentang masa depan. Silap satu langkah, musnah harapan, musnah cita cita aku. Habes punah impian aku nak jadi jurutera tersohor satu hari nanti.

Bila aku dah melangkah masuk sini, aku rasakan aku dah buat satu keputusan yang sangat berbaloi. Aku temui banyak dorongan, aku jumpa macam macam cara untuk maju ke hadapan. Mungkin aku pernah gagal. Tapi, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

Bukan prinsip aku, gagal bermakna kalah. Gagal hanya sebuah keputusan daripada sebuah cubaan. Cubaan bukan hanya sekali, cubaan boleh beratus, boleh beribu, boleh berjuta. 

Tujuan aku satu je bila masuk sini, aku nak kaut semua ilmu yang aku boleh kaut. Aku nak redah semua halangan yang mampu aku redah. Aku nak buktikan yang sebenarnya aku ni boleh, aku ni mampu jadi seperti apa yang orang lain tak sangka, jadi insan yang berjaya.

Ada je orang tanam azam, tanam harapan, tapi akhirnya, kecundang. Orang kata, jangan tanam azam tanpa usaha. Aku ingat, aku faham. Kalau aku ada impian, aku perlu ada usaha, aku kena rajin, aku kena buktikan azam aku bukan sia sia. 

Aku bukan nak cabar orang sekeliling, kasi lawan sama aku. Buat dia kalah, buat dia kecundang, lantas gelak sampai satu dunia tahu, dia sudah kalah dengan aku. Aku bukan nak cabar orang sekeliling, kasi fight fight sama aku. Lepastu, aku jadi orang bangga diri, konon aku hebat, orang lain tak layak setaraf aku. Aku bukan nak hentam orang, bagi dia tersungkur, bagi dia merendah diri, sembah sujud sama aku. Ohh, tidak sama sekali.

Aku sedar aku siapa. Aku bukan siapa siapa. Aku tetap aku, aku yang dulu. Cuma, aku bukan diri aku yang pernah gagal dulu. Aku kini akan terus jaya, terus menang, terus teguh tanpa sungkur. 

Aku hanya mahu cabar diri sendiri. Cabar diri, bersaing dengan diri sendiri. Biar orang nampak aku gila, bercakap dengan diri, bercakap dengan hati, gelak riang menang lawan malas, menangis sedih tewas dengan malas. BIar orang ingat aku gila. Asalkan aku menang lawan diri aku sendiri. 

Aku tahu batas aku. Aku tahu had aku. Aku tahu upaya aku. Aku mahu lebih. Aku mahu biar sampai dapat terbang. Bukan terbang dekat, tapi, kasi terbang sampai langit. Aku tahu, dan aku yakin, aku mampu. Aku kini bukan orang dulu dulu lagi. Aku kini aku yang baru. Aku yang akan berjaya. 

Insya'Allah. Semoga aku akan terus berjaya. 




Saturday 18 August 2012

Raya


Bangun pagi > mandi > pakai baju Melayu > capai songkok > solat raya > dengar khutbah > makan ketupat rendang > beraya.

SELAMAT HARI RAYA.




Monday 6 August 2012

How time flies


Bila termenung sorang sorang, imbas imbas balik. Aku selalu tanya, siapa je yang tak rindu zaman masa kita takde tanggungjawab, amanah itu semua. Sekarang, pening kepala beb. Nanti tak lama lagi, dah mula kena fikir pasal diri sendiri. Kena fikir pasal duit, pasal keluarga, pasal kerja, pasal hidup mati. Aku kalau boleh tak nak membesar. Biar takat ni je. Tapi, cubalah. Terbang sampai langit, lari sampai hujung dunia sekalipon, kita tetap membesar. Masa akan terus bergerak, dan takkan pernah berhenti walaupun untuk sesaat. Kita, apa kata orang, growing up. Benda yang kita selalu sangat idamkan masa kita kekecik dulu, nak cepat jadi besar, nak cepat jadi dewasa. Tapi bila dah besar, everything tak sama macam kita expect. Tapi apa je kita boleh buat kan. Hadap je lah.


Sunday 5 August 2012

Dialog tentang hidup




Hidupku tidak sesempurna orang lain. Hidup aku setakat sederhana sepertimana manusia normal yang lain. Dimana aku hanya perlu menjadi lelaki yang baik, lalu akan tiba dan muncul sebuah kebahagiaan. 

Kau boleh cakap yang hidup itu hanya tentang satu pengakhiran yang bahagia dan kau berlari untuk itu. Kau boleh saja menkonklusikan itu. Tapi, bukan untuk aku kerana aku sering sekali berhenti dan berfikir. Berfikir tentang hidup.

Hidup, teori yang sampai hari ini sulit untuk aku fahami. Bagaimana setiap orang di dalamnya berlumba-lumba untuk terus bernafas. Kan?

Rasanya aku juga sama seperti dirimu dan orang-orang disekitarku. Namun, sepertinya aku terperangkap dalam bingungku. Aku hanya bertanya.

Semua orang membimbingku agar bertanya pada Tuhan. Maha Kuasa yang menciptakan hidup untuk setiap insan yang bernafas. Maha Besar yang mengenalkanku bagaimana untuk berfikir. Aku sudah lakukan berkali-kali. Berdialog dengan Tuhan. Sampai siang jatuh bertukar menjadi malam. Berulang-ulang.

Masih tiada jawapan. tetap begitu. Kosong.

Mungkin Tuhan bukannya diam. Hanya saja punya cara yang lebih baik untuk menjawab semua kebingunganku. Cara yang lebih dari sekadar deretan kalimah tentang hidup. Cara yang membuatku merasa kecil di hadapanNya. Ya, cara-caraNya yang luar biasa.

Walau dalam hitungan tahun, rasanya aku, sedikit demi sedikit dapat menyerap apa yang Tuhan cuba sampaikan kepadaku. Aku mulai dapat melihat apa yang sulit untuk aku jangkau sebelum ini. Hidup di luar hidup. Dan begitu di tahun-tahun berikutnya.

Mungkin jika aku punya kuasa lebih, aku ingin mengajak jutaan umat manusia untuk bersama berdialog bersamaku. Berdialog tentang hidup. 


Thursday 28 June 2012

Bukankah ini satu kemajuan ?


Bila tak puas hati dengan something yang kita buat -- cuba tanya diri, dah berapa maju kau melangkah? Paling paling ciput, mesti kau dah mara selangkah, kan?


Friday 18 May 2012

Senyum




Hidup kat dunia memang palat. Sebab tu ramai yang mohon, kalau kalau boleh keluar daripada bumi. Sebab dunia ni penuh sangat dengan bullshit. Tapi realitinya, kita tak boleh lari daripada bumi. Kita still masih dan akan terus bertapak di sini. Sebab tu bila celaka datang, jangan gelabah -- hadap dan senyum. 



Saturday 14 April 2012

Generasiku




Ini generasi aku -- 90's kids orang panggil. Generasi kau?