Wednesday 29 January 2014

#1


Kalau korang pernah tengok video clip The One Who Got Away yang Katy Perry nyanyi tu, korang akan nampak betapa payahnya bila dua orang otak kanan bersatu. Artists make the most beautiful pairs. But they also make the most fragile duo. Sebab itu bila orang tanya "Kenapa Damien Rice putus dgn Lisa Hannigan? They were the awesome two" "Kenapa Glen Hansard dan Marketa Irglova perlu berpisah? They were great together" --
Aku sengih. payah weh. Creative differences bukan benda kecik. Sebab itu biasanya creative people ended up alone. Sebab artwork kau adalah artwork kau. Macam mana orang nak ekjas artwork kau pun, kau lebih bahagia dengan artwork sumbing kau. Sebab itu kau. Love is all about chemistry. Dan orang main seni ni biasanya loner yang main pasir sorang sorang kat hujung padang, tanpa perlu tolerate kimia siapa siapa. Tapi ah, kadang kadang tak perlu jadi orang seni pun. Kita pun macam tu. Ada kepala sendiri. Dan tak biasa dengan landasan yang kita perlu ikut, dah biasa pandu hidup sendiri. Tiba tiba datang orang pegang stereng kita, memang kelam kabut. So ask yourselves. Mana lagi berbaloi? Masterpiece atau chemistry? Sebab itu orang bahagia sudah tidak ada masterpiece. Sebab itu ramai ahli seni besar menolak bahagia. Mencari masalah dan mahu dengan warasnya mencari agoni. For only with the most broken heart, will you be inspired to write a masterpiece that will last an eternity. -- Fynn Jamal

Saturday 18 January 2014

Buru buru


Sekejap ini, sekajap itu.

Selalu saja buntu.

Kekadang kita ini senang celaru.

Kerana kita bukan Sang Ratu.

Dibikin siap teratur setiap satu.

Ingat erat pesan orang dulu dulu.

Buat apapun haruslah pegangnya jitu.

Jangan sekali kali kita melulu.

Hidup ini tidak menentu.

Mampirlah Ya Tuhan dengar aku mengadu,

Jauhkan hamba ini lekatnya sifat buru buru.

Aku takut kalau kalau daku,

Salah percaturan dan buntu, 

Binasalah aku.





Thursday 16 January 2014

Canggung




Dulu aku selalu minta. Dulu aku selalu berharap. Akan adanya suatu ketika, setiap apa yang aku impikan terlaksana depan mata. 

Aku pernah bermimpi ingin jadi orang yang tinggi, orang yang besar besar. Agar suatu ketika, semua orang hormat dan tiada pandang cela lagi.

Dan bila mana hari ini, banyak yang sudah terjadi. Namun di suatu sudut hati ini, ada suatu perasaan - Kekok dengan diri sendiri. Kekok dengan perubahan yang terjadi. Kekok dengan harapan yang telah diijab kabulkan.

Aku selalu tenung langit mencari bintang, mencari bulan yang selalu teman aku suatu ketika dulu. Mencari peneman dikala aku masih tiada semua yang aku mimpi. Kerana mereka lebih tahu aku. 

Jauh di sudut mati, aku hanya berharap. Agar hari demi hari, aku bisa halus melangkah dan tidak canggung lagi.



Saturday 11 January 2014

Friday 10 January 2014

Buka lampu


Hi. Pernah perhatikan gelagat orang bukak tutup lampu? 

Ada orang macam ni. 

Dia tau hari dah malam. Bilik semestinya gelap gelita. Di kepala berlegar legar pontianak, pocong berterbangan dan melompat lompat. Dia buka pintu. Dijulurkan tangan ke dalam bilik. Dinding di raba raba mencari punat suis. Apabila suis dipetik, bilik sudah terang, baru dia melangkah masuk. Di wajahnya tidak tergambar seperti apa bermain di kepalanya sebentar tadi. 

Ada pula, orang macam ni.

Dia tau hari dah malam. Bilik semestinya gelap. Di kepalanya hanya satu, dia ingin masuk ke dalam bilik itu. Dia buka pintu dan melangkah masuk. Suis dipetik. Belum sempat lampu menyala dia sudah berada di tengah tengah ruang bilik. Gayanya, reaksinya tenang saja. Takut langsung tidak ada.



Orang mesti kata.

Situasi pertama mesti orangnya penakut. Jenis yang jati diri tak kuat. Jenis yang tak rock. Jenis yang kalau masalah datang, mesti gelabah. Jenis yang kalau hantu muncul mesti menyorok balik bantal. 

Situasi kedua mesti orangnya berani. Jenis yang jati diri susah nak goyah. Spesis yang rock dan jiwa kental. Jenis yang sukar nak gelabah kalau hantu datang bertandang. Jenis yang pasti boleh bertentang mata dengan pocong atau pontianak.

Kata orang, mungkin beginilah.




Tapi ada satu lagi jenis, orang macam ni.

Muka dia rock. Cakap dia kasar, keras dan lantang. Taste dia kebanyakan daripada kategori robust. Dan tiba masa dia nak masuk bilik. Dia punya gaya sebijik macam orang dalam situasi pertama. 

Ada pulak. Muka dia ayu. Cakap dia tenang, lembut dan berbudi bahasa. Jarang sekali nampak dia kasar dengan orang. Nampak lembik. Tapi bila tiba masa dia nak masuk bilik, gayanya sebijik macam orang dalam situasi kedua. 




Sebenarnya dalam hidup ni, kita tak boleh gambarkan peribadi seseorang hanya berdasarkan luaran dia semata mata. Dia mungkin nampak kasar di luar, tak semestinya dia kasar segalanya. Kadang kadang kita cepat judge seseorang tu jahat sebab dia pernah buat salah yang kita rasa sangat teruk. Sedangkan, orang jahat boleh berubah. 

Sebab tu ada pepatah, "Don't judge a book by its cover"



Heh. Itu je nak sampaikan.