Friday 28 November 2014

Lari


“Malam ni aku hilang.”
“Malam esok?”
“Mungkin hilang selamanya.”
“Sesetengah pilihan itu mudah. Dan sesetengah lagi susah. Kalau aku, aku pilih yang susah.”
“Kenapa?”
“Sebab, yang susah tu buat kita berfikir banyak. Fikir tentang semuanya.”
“Kau selalu hilang ke?”
“Selalu.”
“Tapi kenapa kau ada kat sini lagi?”
“Sebab aku selalu kembali.”
“Kenapa?”
“Sebab, ke mana pon kita pergi, ke mana pon kita lari, pusing pusing kita datang sini semula, Sebab kita atas dunia yang sama. Buat apa hilang lama lama jika banyak benda belum kita teroka.”



Sunday 23 November 2014

Sebab


Aku ada seorang member, dulu dia gemuk sangat - kategori obesiti mungkin. Dan setiap kali aku pandang dia, aku tertanya "bila budak ni nak kurus?" Dan beberapa kali jugak aku cakap dengan dia, "kau bila nak kurus?"

Progres yang orang buat kadang kadang kita tak nampak. Alih alih dah ada hasil depan mata. Setahun mungkin, member aku ni dah kurus sebenar benar kurus. Dan setiap kali aku pandang dia, "dulu dia gemuk comel je. Dah kurus ni aneh pon ada tengok."

Dan dek kerana itu, aku senyum sendiri. Sesekali aku fikir, ada sebab kenapa Tuhan jadikan ia kepada kau, ini kepada aku, dan itu kepada mereka.



Wednesday 12 November 2014

Date dengan Jane



Jane ni seorang gadis yang tipikal. Jenis gadis yang kau boleh jumpa di mana-mana. Tapi tak bermakna sifat klise dia ni buat aku menyampah. No, I am not against it. Sebab perempuan is a perempuan, lumrah yang mungkin diorang sendiri tak tau nak ubah macam mana.


Pagi tu, bila jam loceng berbunyi dengan lagu Famous Last Words daripada band My Chemical Romance aku terus bangun cari punat jam. Sebab kalau dibiarkan, memang bingit. Lagu tu sebenarnya pasal cinta, tapi soul cinta tu disampaikan dengan konsep rebel. Joel, Billy nak sampaikan tentang dunia cinta yang dilalui dengan penuh rasa ketidakpuashatian. Yah, same goes to me. Dengan lagu ni jugaklah buat aku terbangun daripada tidur dengan ketidakpuashatian. Oh ironi.

Aku tenung digit pada jam. 9:56 pagi. Blur. Aku tak tau nak fikir apa. Kenapa aku set pukul 9 pagi, kenapa? Apa kerja aku perlukan setelkan? Aku cuba raih ingatan. Damn! Aku janji nak jumpa Jane hari ni, pukul 10. Ada 4 minit lagi, mati aku. Jane ni pantang betul orang lewat, habis aku kena bebel nanti. Aku pun bingkas bangun, capai tuala daripada ampaian lalu bergegas ke bilik air. Air pancut aku buka, bercucuran air jatuh ke atas kepala. Waktu ni aku terfikir, kenapa aku perlu tergesa-gesa sangat. Kenapa nak risau? Padahal benda dah jadi. Aku benci dengan sikap yang satu ni. Risau dengan benda yang dah berlaku. Apa dengan risau tu boleh kau berhentikan masa, lepas tu set untuk undur semula. Tak. Jadi aku mandi dengan sempurna tanpa hirau waktu date. Dah terlambat, nanti aku mintalah maaf. Kena bebel, tahanlah telinga. Setel.

Lepas bersiap, aku keluar bersarapan dekat kedai mamak hujung selekoh tak jauh daripada rumah, ada lah dalam 5 minit berjalan kaki. Aku ni jenis tak memilih sangat makan dekat mana dan makan apa. Asalkan benda boleh makan, mengenyangkan aku dah rasa cukup. Buat apa entah memilih sangat bab makanan ni, sedangkan kat Afrika sana, orang nak makan pun susah.

Aku teruskan perjalanan dengan menaiki LRT di Eco Park. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku dah lebih 30 minit daripada waktu yang dijanjikan. Takde pulak si Jane mesej aku bertanya kat mana. Aku pandang sekeliling, aku tengok setiap orang yang ada. Tak ramai mana orang. Mungkin sebab hari ni hari Selasa, waktu warga kota tengah kerja. Aku pandang seorang ibu yang sedang meriba anaknya. Anak kecil tu sedang lena dengan kepala lena ke bahu ibunya. Nampak tenang, cukup tenang. Kekadang aku terfikir nak jadi kanak-kanak semula. Bebas daripada semuanya. Tak payah risau dengan perihal dunia. Tak perlu risau kalau-kalau duit harian tak cukup. Tak perlu hadap stress dan sebagainya. Aku ingat lagi masa aku kecik dulu, cikgu ada tanya tentang cita-cita. Aku tak macam budak lain yang jawab nak jadi angkasawan, saintis, pakar bedah dan lain-lain cita-cita yang sangat klise.

Aku jawab dengan tenang, 
“Saya nak cepat jadi orang dewasa cikgu.”
“Kenapa?”
“Saya nak hadap dunia. Nak betulkan mana yang tak betul. Nak jadi superhero yang menjadi penyelamat dunia.”

Selesai aku memberi penjelasan, cikgu aku dengan semua ahli kelas bantai gelak. Cibai, aku punyalah serius, diorang fikir aku melawak.
“Budak kecik akan tetap budak kecik.” 
Tu ayat terakhir cikgu aku sebelum dia bergerak ke mejanya semula dan mula buka buku teks dan mulakan sesi pengajaran tatabahasa.

Bila aku fikir balik, dengan umur seusia begitu, aku rasa aku dah cukup matang. Aku nak cepat jadi dewasa. Sayangnya, apa yang aku gambarkan masa tu tak sama dengan apa yang aku sedang lalui sekarang. Terlalu jauh bezanya. Superhero untuk selamatkan dunia. Dunia sekarang tak boleh diselamatkan even superhero itu betul-betul wujud. Kids out there, let me tell you, never dream to grow faster.
‘Stesen Sea Park! Sea Park!”
Leka aku berfikir sampai tak sedar yang rupanya aku dah sampai ke destinasi. Aku keluar daripada tren dan berjalan kaki ke St. Mall. Jane kata dia tunggu aku dekat air pancut berdekatan pintu masuk mall tu, jadi nak mudahkan keadaan aku terus gerak je tanpa banyak cakap.

Daripada jauh aku nampak Jane dengan dress up hipsternya. Bertshirt lengan pendek kelabu dipadan dengan skirt paras betis rona hitam dan berkasut Nike Roshe. Aku suka dress up dia macam tu, nampak ayu. Aku tarik kerusi di sebelahnya dan labuhkan punggung tanpa berkata apa-apa. Bunyi denting kerusi besi dengan lantai buatkan Jane toleh pada aku. Muka dia terus berkerut dan berubah masam. Aku tau dia marah sebab aku lambat sejam daripada dijanjikan. Sebelum dia cakap apa-apa, aku minta maaf dulu.
“Sorry.”
“Apa you ni, dah pukul 12 tau, janji pukul 10. You lewat dekat dua jam!” bebel Jane.
“Lewat bangunlah.” Aku jawab jujur. Malas bagi alasan yang tak betul.
“Always!” dia diam. Dia hirup kopi Starbucks yang aku tengok dah tinggal sedikit.
“Dah, jomlah. Kata nak bawa I tempat date special.” Tangan Jane aku raih. Aku cuba tenangkan keadaan yang nampak tegang ni.

Riak wajah Jane nampak tenang. Dah tak masam seperti tadi. Touch-thingy berjaya. Dia pun bangkit. Dia capai tisu dua tiga helai. Aku sempat jeling, seakan ada tulisan dan simbol love di atas tisu itu. Aku endahkan saja. Mungkin Jane terlalu bosan sampai tisu pun dicontengnya.

Jane pimpin tangan aku. Jauh jugak berjalan sampai ke bahagian utara mall yang besar ini. Dia berhenti melangkah betul-betul depan pintu gerbang Sea World. Aku berkerut. Ini ke tempat date specialnya? Kami pun melangkah masuk. Aku cuba tak soal banyak. Sea World ni kira zoo untuk hidupan lautlah. Dibina dengan tank kaca besar. Cukup memuatkan ikan paus di dalamnya. Aku perhati ikan-ikan ni berenang, berpusing-pusing dalam air tu. Si Jane sedari tadi dengan kamera di tangan. Sekejap-sekejap dia memetik gambar. Mengambil gambar hidupan yang susah dijumpai katanya.

Jane mendekat dengan senyuman yang cukup manis. Dengan lesung pipitnya tu, mencairkan sungguh. Tapi not this time. Aku macam takde mood nak cair dengan senyuman bidadarinya itu.
“Why Amer? Macam tak suka je date dekat sini.”

Aku ukir senyum. Tapi aku rasa janggal, sebab senyum aku bukan senyum yang ikhlas. Entahlah, hati aku macam memberontak. Memberontak dengan situasi semasa ni.
“Bagitaulah I kalau tak suka.”

Aku tenung Jane. Lepas tu, aku tenung ke tank-tank kaca sekeliling. Aku pandang ikan-ikan di dalamnya itu. Berenang-berenang di dalam pusaran yang sama. Tanpa sedar, aku mengeluh.
“People are ignorant.”
Jane berkerut. “Why? I don’t get it.”
“Ocean is their home, not tanks. Sad to know that they will probably live there for the rest of their life. Helping humans rake in profits then die there.“
“Tapi Amer, mungkin diorang buat macam ni sebab nak protect these animals from extinction. That’s why lah.”

Aku seakan nak tergelak dengar jawapan sebegitu keluar daripada mulut Jane.
“Habitat diorang lautan. Itu tempat asalnya, itu dunia mereka. Siapa yang musahkan habitat mereka kalau bukan manusia sendiri? Lepas tu culik mereka daripada rumah dan bawa ke rumah baru konon sebagai perlindungan, shit. Sebab tu I cakap, orang sekarang are ignorant. Go lock yourself in a small room for 30 years. And you’ll know how they feel.”

        “I tak fahamlah dengan you ni.” Jane lepaskan satu keluhan yang kedengaran berat. Aku lihat dia seakan hampa. Tapi aku tak kisah, sebab aku cakap benda yang aku rasa betul. Dunia terlalu pentingkan diri. Pegangan ‘humans are always right’ tu semua bullshit.


Aku sorot pandang kelibat Jane yang menuju keluar daripada Sea World. Aku rasa, date hari ni mungkin tak berjalan seperti dirancang.



Friday 7 November 2014

Tabu



“Tak payahlah kau nak risau sangat dengan benda ni semua. It’s a waste. Hidup kita bukannya lama sangat nak risaukan benda-benda remeh macam ni.”

Rahman dah mengeluh. Dia ni jenis yang kuat meroyan. Benda-benda kecil pun dia suka besar-besarkan. Kadang-kadang benda tu takdelah problem sangat, tapi dia je yang terlebih fikir sampai benda tu jadi betul-betul problem pada diri dia.
Tak lama dia toleh kat aku.
“Kau lain Mer, kau pandai. Aku ni dahlah tak pandai, anak orang susah. Sebab tu bila bab exam ni aku macam tak boleh nak let go. Aku risau kalau-kalau aku fail. Apa aku nak jawab dekat mak aku, orang kampung aku?”

Aku dah fed-up dah ni. Budak si Rahman ni daripada tadi ulang ayat sama. Aku rasa, masuk kali ni, ada dekat lima kali ayat yang sama dia cakap. Tak habis-habis dengan mak bapak, orang kampung, makcik pakcik dia, skema betul. Tapi bila dah berulang kali macam ni dia cakap, aku cubalah selami apa yang dia rasa. Sebenarnya beban macam ni bukan dia seorang je yang tanggung. Benda ni macam taboo dalam golongan orang sekarang. Bila study, kena pandai, kena sentiasa dapat markah baik. Kalau dalam kelas, kalau boleh selalu kena nombor satu. Takpun, fight-fight untuk dapat nombor satu, macam nombor satu tu jelah harapan nak jadi insan yang berguna. Kalau tak dapat markah bagus, tak dapat nombor satu dalam kelas, kau ni kira kategori bodohlah, kategori budak-budak yang masa depan tak cerah. Benda ni pun aku ada hadap masa kecik-kecik dulu. Ada lah sekali dalam kelas tu aku dapat markah Matematik 100%. Masa pukul 1 tengah tunggu mak aku datang, kawan aku Jef, bapak dia datang ambil. Aku dengar diorang berbual.
“Jef, ada dapat apa-apa kertas periksa tak hari ni?”
Jef pun angguk. “Matematik.”
“Hah, kau dapat berapa Jef? Kawan kau Amer dapat berapa?”
“Jef dapat 82, Amer 100.” 

Bapak si Jef pegang bahu anak dia dan berkata dengan yakin.

“Lain kali, kalau Amer dapat 100%, kau kena dapat lebih, 102 ke 110 pun takpe. Kalau tak, kau takkan dapat nombor satu Jef. Tak dapat nombor satu tu kira tak pandai lah tu, faham Jef?”

Masa tu, aku kecik lagi kot. So takdelah aku terasa nak pergi dekat Jef dengan bapak dia lepastu cakap, “tak dapat 100 bukan bermakna bodoh dan tak berjaya pakcik.”

Parents kat Malaysia kebanyakannya macam ni lah. Seboleh-boleh nak anak diorang skor dalam periksa, dapat nombor satu dalam kelas. Diorang rasa macam tak dapat nombor satu, tak pandai, bodoh dan takkan berjaya. Tu lah aku cakap tadi, benda ni dah jadi taboo. Taboo yang menyeksa dalam diam. Yang jelas depan mata, tapi orang tak hirau. Puih!

Berbalik pada Rahman ni tadi, aku tarik kerusi lalu duduk depan dia. Aku renung dia. Dia pun renung aku balik.
“Man, don’t force yourself. You might pass your examination, but don’t make yourself a fail product by blindly follow the thing that you’ve told to. Kita manusia Man, bukan robot. Kita tak perlu dicucuk bateri dekat belakang badan untuk bergerak. Kita dah dikurnia apa yang kita sendiri tahu, akal fikiran. Buat apa kau kejar kejayaan sampai kau aniaya diri sendiri. Kau boleh study hard kalau kau nak, tapi janganlah sampai susahkan diri sendiri. Ini bukan caranya hidup Man.”

Rahman usya je aku tanpa cakap apa-apa. Bibir dia pun tak bergetar, langsung takde tanda-tanda nak balas apa aku cakap. Tak lama dia bangun daripada sofa sambil tutup buku. Dia ambil ipod dia, gulung earphone lepastu blah daripada situ.
“Kau takkan faham aku Amer.” Kelibat dia hilang disebalik pintu.


Aku pun bersandar. Terasa fucked up pun ada. Macam mana aku nak faham. Aku berhadapan dengan robot yang bernyawa manusia. Ada kehendak, ada kemampuan untuk kawal diri, tapi tak reti guna. Suka kaulah Rahman, asalkan kau bahagia.



Saturday 1 November 2014

Hargai


Aku tersesat dalam hutan, jauh aku berjalan, tapi nampak gaya, takde langsung chance aku akan temui jalan keluar. Walaupun begitu, naluri aku mengatakan, aku harus teruskan perjalanan. 

Masuk dan masuk, aku menemui sebuah kapsul besar. Cukup besar bahkan boleh memuatkan dua tiga empat manusia dewasa di dalamnya. 

Puas membelek dan terus membelek, aku menemui satu punat untuk mengaktifkan kapsul ini. Aku tergamam seketika. Kapsul ini, kapsul masa. 

Mungkin dengan kapsul masa ini, aku boleh mengubah sejarah dunia? Ataupun, mengetahui apa yang tersurat di masa hadapan? Siapa tahu? Hahaha. Seronoknya. Hari ini memang hari bertuah aku!

Tapi masalahnya, kata manual yang aku jumpa, aku cuma boleh menggunakan kapsul ini sekali saja. Ah!

Mana taknya, jika tersalah pilih, angan angan yang aku angankan hanya tinggal angan angan. Kalau aku pilih balik ke masa lampau, aku terlepas masa hadapan, begitu juga sebaliknya. 

Aku jadi musykil untuk pilih yang mana satu - masa hadapan atau masa lampau?

Terduduk sebentar aku diatas bongkah batu besar di sebelah kapsul itu. Lama. Dalam betul aku harus fikirkan. Kena fikir masak masak. Naik benak otak aku macam ni. Hm.

Tik tok tik tok, masa terus berlalu. Aku cuba fikir balik, mungkin bukan masa lampau yang patut aku perbaiki. Mungkin juga bukan masa hadapan yang patut aku terokai. Mungkin aku hanya seperti tikus membaiki labu kalau pergi masa lampau. Mungkin aku hanya akan hanyut dan lemas meneroka masa depan yang masih misteri?

Ya, mungkin aku patut biarkan kapsul ini hanya menjadi kapsul. Biar ia tertimbus dek musim berganti. 

Mungkin aku patut lebih menghargai hidup aku sekarang. Berhenti dihantui masa lampau. Berhenti takut dengan masa depan.