Friday 31 October 2014

Semak


Mungkin kalau kita padamkan matahari, baru kita boleh lihat manusia meroyan mencari cahaya. Tapi, kita cuma manusia biasa, mana ada kuasa nak buat semua tu. 

Bukan aku nak cakap apa, cuma manusia dengan pegangan hidup bercanggah ni rasanya tak boleh dipisahkan. Yang baik, dia cinta, yang buruk dia tolak. Rijek mentah-mentah, tanpa usul tanpa periksa. Bila tak dapat apa yang dia nak, dia marah. Tak sama benda yang dia peroleh dengan kehendak, dia rasa Tuhan tak adil, Tuhan tak sayangkan dia. Marah Tuhan macam Tuhan tu kawan-kawan sekeliling.

Pergi mereputlah dengan pegangan hidup kau tu.




Friday 24 October 2014

Gelap



Di bilik itu aku tatap tubuhku daripada atas hingga ke bawah. Tiada jasad yang kelihatan melainkan gelap malam memenuhi tiap sudut. Lampu kubiar tutup, kipas kubiar pusing, minda kubiar bekerja terus. Berfikir.

Adakah sebenarnya gelap itu yang asas? Atau cahaya itu dasarnya? Tiada cahaya, maka gelaplah -- kerana gelap, barulah cahaya menerangi. Dua soalan yang jika kau balik balikkan tetap akan jadi begitu, tiada kan kau temu jawapan. 

Aku capai cawan berisi kopi di atas meja hujung kaki katil. Aku letak ia di situ sedari tadi. Tanpa cahaya pon aku boleh tau kedudukannya. Aku hirupnya perlahan. Aroma harum menusuk ke hidung, memberi suatu rasa nyaman dan menyegarkan. Aku tenung air di dalam cawan. Kopi itu ronanya legap. Usah perlu lampu untuk aku suluh sudah aku tahu kopi itu warnanya begitu. Jika kau penggemar air kafein ini, kau akan tahu, untuk enak, pekat pekatkan adunannya. Lagi pekat, lagi kaw.

Jika kau ulang baca tulisan ini, banyak perkara yang asaljadinya sudah gelap, tapi kau rasakan perkara itu biasa. Atau dalam erti kata lain, gelap itu sendiri ada ertinya.

Benda benda lazim yang buat aku berfikir bahawa tiap satu perkara itu sudah diciptajadi dengan makna sendiri. Sesekali jika kau rasa kau sedang bergelap, sama ada keadaan, suasana, masa depan, dalaman atau apa saja, fikirkan tentang maknanya. Godek lebih dalam, pasti ada jawapan di sebaliknya.



Wednesday 22 October 2014

Konotasi


Terbanglah ke mari, cuba gali tanah tandus yang kau beli. Di balik sana mungkin kan kau temui lubuk yang kau cari selama ini. Siulkan kata aluan bila kau kecapi, jauhi terus sunyi. Beri laluan pada yang masih belum mati, yang baik kongsi kongsi. Jika langit sudah kau hinggapi, lautan pula harus kau perolehi. Sedalam dalamnya harus kau selami, bukan takat renang tepi tepi. Mungkin di situ nanti, ada sang duyung menanti. Kata di bibir yang meniti, setiap cebis aksara sila ingati, tiap satu ruang mimpi kau harus jelajahi. Redah saja kawah api dan gaung tinggi, usah peduli. Jika hidup sebuah mainan maka sertai. Kekal teguh dan terus berlari. Selagi belum hilang mentari, jangan pernah berhenti mencari, Selagi ada pagi, nikmati. Sebab Tuhan cantum tanah cipta kita jadi, bukan cuma untuk hidup dan mati.



Tuesday 14 October 2014

Kepompong


“Aku tau aku jenis berkurung, jenis yang duduk dalam rumah, bahkan duduk dalam bilik 24 jam. Keluar hanya bila perlu. Janganlah bash.”

“Macam mana orang tak mengata, dah kau tak bercampur dengan orang.”

“Buat apa bercampur kalau hanya untuk tambah sakit, tambah perit. Takde pekdahnya.”

“At least bergaullah, kenal kenal. Ambil yang baik baik je, yang buruk buruk tolak tepilah. Sosial tu perlu, untuk masa depan kau.”

“Kau fikir ada ke orang baik lagi dalam dunia ni. Mana ada dah. Orang baik dah pupus, ditelan dek zaman.”

“Ada. Kau je yang tak tau. Tu lah, berkurung lagi, mana nak jumpa.”

“Yelah. Nanti nantilah.”

“Bagus. Eloknya cepat cepat. Hidup kita tak tau bila akhirnya.”

“So, mana aku nak tuju memula?”

“Keluar daripada dunia paranoid kau tu dulu.”




Saturday 4 October 2014

-



Selamat hari raya. Salam Aidiladha. Semoga selamat semuanya.