Monday 22 December 2014

#7


Usahalah keras keras, nanti hidup senang, kaya. Hari hari boleh shopping, makan besar, hati tak susah, boleh travel sana sini. Usahalah keras keras.


Sunday 21 December 2014

Persepsi



Amin berhenti. Dia pandang badi mamat punk depan kedai Converse. Dia cebik. Tak lama, Anuar datang serah popcorn.

“Cuba bila tengok orang, pandang yang baik baik. Jangan tengok yang jahat semata mata.”
“Nak pandang baik apa lagi bro? Dah memang dia tak betul. Kau pon nampakkan?”
“Tak. Aku tak nampak.”
“Kau bodoh. Kau tipu diri sendiri.”
“Aku tak bodoh. Dan aku tak tipu diri sendiri. Cuma, aku cuba jadi orang yang rasional.”
“Apa rasionalnya bila kau sorok benda yang terang lagi bersuluh salah?”
“Ada rasionalnya.”
“Apa? Jelaskan.”
“Setiap orang ada pilihan. Macam kau tadi, kau beli but Dr. Martin harga tiga ratus ringgit. Aku beli kasut Bata, baru lima puluh ringgit. Kasut aku selesa, kasut kau tak. Kasut kau keras, berat. Kasut aku buat lari sepuluh kilometer pon tak lenguh kaki melainkan penat, oksigen tak cukup.”
“Apa point kau? Straight to the point please.”
“Maknanya, kita ni ada pilihan. Maybe kau cakap apa yang dia buat salah. Tapi pada diri dia, dia buat betul. Atau memang dia sendiri tau benda tu salah. Cuma dia ada reason dia sendiri kenapa dia buat macam tu. – Kau kenapa tak pakai anting anting macam dia tu?”
“Sebab benda tu salah. Aku tak nak jadi macam dia.”
“Kan? Sebab kita pilih untuk jadi diri sendiri. Kita pilih jadi orang yang lebih baik. Sebab tu kalau tengok orang, pandang yang baik baik, cari yang molek kalau kita tak power nak bagi nasihat. At least, ada pahala yang kita dapat sebab bersangka baik.”

Amin angguk. Anuar ajak masuk wayang, movie dah nak start.






Friday 28 November 2014

Lari


“Malam ni aku hilang.”
“Malam esok?”
“Mungkin hilang selamanya.”
“Sesetengah pilihan itu mudah. Dan sesetengah lagi susah. Kalau aku, aku pilih yang susah.”
“Kenapa?”
“Sebab, yang susah tu buat kita berfikir banyak. Fikir tentang semuanya.”
“Kau selalu hilang ke?”
“Selalu.”
“Tapi kenapa kau ada kat sini lagi?”
“Sebab aku selalu kembali.”
“Kenapa?”
“Sebab, ke mana pon kita pergi, ke mana pon kita lari, pusing pusing kita datang sini semula, Sebab kita atas dunia yang sama. Buat apa hilang lama lama jika banyak benda belum kita teroka.”



Sunday 23 November 2014

Sebab


Aku ada seorang member, dulu dia gemuk sangat - kategori obesiti mungkin. Dan setiap kali aku pandang dia, aku tertanya "bila budak ni nak kurus?" Dan beberapa kali jugak aku cakap dengan dia, "kau bila nak kurus?"

Progres yang orang buat kadang kadang kita tak nampak. Alih alih dah ada hasil depan mata. Setahun mungkin, member aku ni dah kurus sebenar benar kurus. Dan setiap kali aku pandang dia, "dulu dia gemuk comel je. Dah kurus ni aneh pon ada tengok."

Dan dek kerana itu, aku senyum sendiri. Sesekali aku fikir, ada sebab kenapa Tuhan jadikan ia kepada kau, ini kepada aku, dan itu kepada mereka.



Wednesday 12 November 2014

Date dengan Jane



Jane ni seorang gadis yang tipikal. Jenis gadis yang kau boleh jumpa di mana-mana. Tapi tak bermakna sifat klise dia ni buat aku menyampah. No, I am not against it. Sebab perempuan is a perempuan, lumrah yang mungkin diorang sendiri tak tau nak ubah macam mana.


Pagi tu, bila jam loceng berbunyi dengan lagu Famous Last Words daripada band My Chemical Romance aku terus bangun cari punat jam. Sebab kalau dibiarkan, memang bingit. Lagu tu sebenarnya pasal cinta, tapi soul cinta tu disampaikan dengan konsep rebel. Joel, Billy nak sampaikan tentang dunia cinta yang dilalui dengan penuh rasa ketidakpuashatian. Yah, same goes to me. Dengan lagu ni jugaklah buat aku terbangun daripada tidur dengan ketidakpuashatian. Oh ironi.

Aku tenung digit pada jam. 9:56 pagi. Blur. Aku tak tau nak fikir apa. Kenapa aku set pukul 9 pagi, kenapa? Apa kerja aku perlukan setelkan? Aku cuba raih ingatan. Damn! Aku janji nak jumpa Jane hari ni, pukul 10. Ada 4 minit lagi, mati aku. Jane ni pantang betul orang lewat, habis aku kena bebel nanti. Aku pun bingkas bangun, capai tuala daripada ampaian lalu bergegas ke bilik air. Air pancut aku buka, bercucuran air jatuh ke atas kepala. Waktu ni aku terfikir, kenapa aku perlu tergesa-gesa sangat. Kenapa nak risau? Padahal benda dah jadi. Aku benci dengan sikap yang satu ni. Risau dengan benda yang dah berlaku. Apa dengan risau tu boleh kau berhentikan masa, lepas tu set untuk undur semula. Tak. Jadi aku mandi dengan sempurna tanpa hirau waktu date. Dah terlambat, nanti aku mintalah maaf. Kena bebel, tahanlah telinga. Setel.

Lepas bersiap, aku keluar bersarapan dekat kedai mamak hujung selekoh tak jauh daripada rumah, ada lah dalam 5 minit berjalan kaki. Aku ni jenis tak memilih sangat makan dekat mana dan makan apa. Asalkan benda boleh makan, mengenyangkan aku dah rasa cukup. Buat apa entah memilih sangat bab makanan ni, sedangkan kat Afrika sana, orang nak makan pun susah.

Aku teruskan perjalanan dengan menaiki LRT di Eco Park. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku dah lebih 30 minit daripada waktu yang dijanjikan. Takde pulak si Jane mesej aku bertanya kat mana. Aku pandang sekeliling, aku tengok setiap orang yang ada. Tak ramai mana orang. Mungkin sebab hari ni hari Selasa, waktu warga kota tengah kerja. Aku pandang seorang ibu yang sedang meriba anaknya. Anak kecil tu sedang lena dengan kepala lena ke bahu ibunya. Nampak tenang, cukup tenang. Kekadang aku terfikir nak jadi kanak-kanak semula. Bebas daripada semuanya. Tak payah risau dengan perihal dunia. Tak perlu risau kalau-kalau duit harian tak cukup. Tak perlu hadap stress dan sebagainya. Aku ingat lagi masa aku kecik dulu, cikgu ada tanya tentang cita-cita. Aku tak macam budak lain yang jawab nak jadi angkasawan, saintis, pakar bedah dan lain-lain cita-cita yang sangat klise.

Aku jawab dengan tenang, 
“Saya nak cepat jadi orang dewasa cikgu.”
“Kenapa?”
“Saya nak hadap dunia. Nak betulkan mana yang tak betul. Nak jadi superhero yang menjadi penyelamat dunia.”

Selesai aku memberi penjelasan, cikgu aku dengan semua ahli kelas bantai gelak. Cibai, aku punyalah serius, diorang fikir aku melawak.
“Budak kecik akan tetap budak kecik.” 
Tu ayat terakhir cikgu aku sebelum dia bergerak ke mejanya semula dan mula buka buku teks dan mulakan sesi pengajaran tatabahasa.

Bila aku fikir balik, dengan umur seusia begitu, aku rasa aku dah cukup matang. Aku nak cepat jadi dewasa. Sayangnya, apa yang aku gambarkan masa tu tak sama dengan apa yang aku sedang lalui sekarang. Terlalu jauh bezanya. Superhero untuk selamatkan dunia. Dunia sekarang tak boleh diselamatkan even superhero itu betul-betul wujud. Kids out there, let me tell you, never dream to grow faster.
‘Stesen Sea Park! Sea Park!”
Leka aku berfikir sampai tak sedar yang rupanya aku dah sampai ke destinasi. Aku keluar daripada tren dan berjalan kaki ke St. Mall. Jane kata dia tunggu aku dekat air pancut berdekatan pintu masuk mall tu, jadi nak mudahkan keadaan aku terus gerak je tanpa banyak cakap.

Daripada jauh aku nampak Jane dengan dress up hipsternya. Bertshirt lengan pendek kelabu dipadan dengan skirt paras betis rona hitam dan berkasut Nike Roshe. Aku suka dress up dia macam tu, nampak ayu. Aku tarik kerusi di sebelahnya dan labuhkan punggung tanpa berkata apa-apa. Bunyi denting kerusi besi dengan lantai buatkan Jane toleh pada aku. Muka dia terus berkerut dan berubah masam. Aku tau dia marah sebab aku lambat sejam daripada dijanjikan. Sebelum dia cakap apa-apa, aku minta maaf dulu.
“Sorry.”
“Apa you ni, dah pukul 12 tau, janji pukul 10. You lewat dekat dua jam!” bebel Jane.
“Lewat bangunlah.” Aku jawab jujur. Malas bagi alasan yang tak betul.
“Always!” dia diam. Dia hirup kopi Starbucks yang aku tengok dah tinggal sedikit.
“Dah, jomlah. Kata nak bawa I tempat date special.” Tangan Jane aku raih. Aku cuba tenangkan keadaan yang nampak tegang ni.

Riak wajah Jane nampak tenang. Dah tak masam seperti tadi. Touch-thingy berjaya. Dia pun bangkit. Dia capai tisu dua tiga helai. Aku sempat jeling, seakan ada tulisan dan simbol love di atas tisu itu. Aku endahkan saja. Mungkin Jane terlalu bosan sampai tisu pun dicontengnya.

Jane pimpin tangan aku. Jauh jugak berjalan sampai ke bahagian utara mall yang besar ini. Dia berhenti melangkah betul-betul depan pintu gerbang Sea World. Aku berkerut. Ini ke tempat date specialnya? Kami pun melangkah masuk. Aku cuba tak soal banyak. Sea World ni kira zoo untuk hidupan lautlah. Dibina dengan tank kaca besar. Cukup memuatkan ikan paus di dalamnya. Aku perhati ikan-ikan ni berenang, berpusing-pusing dalam air tu. Si Jane sedari tadi dengan kamera di tangan. Sekejap-sekejap dia memetik gambar. Mengambil gambar hidupan yang susah dijumpai katanya.

Jane mendekat dengan senyuman yang cukup manis. Dengan lesung pipitnya tu, mencairkan sungguh. Tapi not this time. Aku macam takde mood nak cair dengan senyuman bidadarinya itu.
“Why Amer? Macam tak suka je date dekat sini.”

Aku ukir senyum. Tapi aku rasa janggal, sebab senyum aku bukan senyum yang ikhlas. Entahlah, hati aku macam memberontak. Memberontak dengan situasi semasa ni.
“Bagitaulah I kalau tak suka.”

Aku tenung Jane. Lepas tu, aku tenung ke tank-tank kaca sekeliling. Aku pandang ikan-ikan di dalamnya itu. Berenang-berenang di dalam pusaran yang sama. Tanpa sedar, aku mengeluh.
“People are ignorant.”
Jane berkerut. “Why? I don’t get it.”
“Ocean is their home, not tanks. Sad to know that they will probably live there for the rest of their life. Helping humans rake in profits then die there.“
“Tapi Amer, mungkin diorang buat macam ni sebab nak protect these animals from extinction. That’s why lah.”

Aku seakan nak tergelak dengar jawapan sebegitu keluar daripada mulut Jane.
“Habitat diorang lautan. Itu tempat asalnya, itu dunia mereka. Siapa yang musahkan habitat mereka kalau bukan manusia sendiri? Lepas tu culik mereka daripada rumah dan bawa ke rumah baru konon sebagai perlindungan, shit. Sebab tu I cakap, orang sekarang are ignorant. Go lock yourself in a small room for 30 years. And you’ll know how they feel.”

        “I tak fahamlah dengan you ni.” Jane lepaskan satu keluhan yang kedengaran berat. Aku lihat dia seakan hampa. Tapi aku tak kisah, sebab aku cakap benda yang aku rasa betul. Dunia terlalu pentingkan diri. Pegangan ‘humans are always right’ tu semua bullshit.


Aku sorot pandang kelibat Jane yang menuju keluar daripada Sea World. Aku rasa, date hari ni mungkin tak berjalan seperti dirancang.



Friday 7 November 2014

Tabu



“Tak payahlah kau nak risau sangat dengan benda ni semua. It’s a waste. Hidup kita bukannya lama sangat nak risaukan benda-benda remeh macam ni.”

Rahman dah mengeluh. Dia ni jenis yang kuat meroyan. Benda-benda kecil pun dia suka besar-besarkan. Kadang-kadang benda tu takdelah problem sangat, tapi dia je yang terlebih fikir sampai benda tu jadi betul-betul problem pada diri dia.
Tak lama dia toleh kat aku.
“Kau lain Mer, kau pandai. Aku ni dahlah tak pandai, anak orang susah. Sebab tu bila bab exam ni aku macam tak boleh nak let go. Aku risau kalau-kalau aku fail. Apa aku nak jawab dekat mak aku, orang kampung aku?”

Aku dah fed-up dah ni. Budak si Rahman ni daripada tadi ulang ayat sama. Aku rasa, masuk kali ni, ada dekat lima kali ayat yang sama dia cakap. Tak habis-habis dengan mak bapak, orang kampung, makcik pakcik dia, skema betul. Tapi bila dah berulang kali macam ni dia cakap, aku cubalah selami apa yang dia rasa. Sebenarnya beban macam ni bukan dia seorang je yang tanggung. Benda ni macam taboo dalam golongan orang sekarang. Bila study, kena pandai, kena sentiasa dapat markah baik. Kalau dalam kelas, kalau boleh selalu kena nombor satu. Takpun, fight-fight untuk dapat nombor satu, macam nombor satu tu jelah harapan nak jadi insan yang berguna. Kalau tak dapat markah bagus, tak dapat nombor satu dalam kelas, kau ni kira kategori bodohlah, kategori budak-budak yang masa depan tak cerah. Benda ni pun aku ada hadap masa kecik-kecik dulu. Ada lah sekali dalam kelas tu aku dapat markah Matematik 100%. Masa pukul 1 tengah tunggu mak aku datang, kawan aku Jef, bapak dia datang ambil. Aku dengar diorang berbual.
“Jef, ada dapat apa-apa kertas periksa tak hari ni?”
Jef pun angguk. “Matematik.”
“Hah, kau dapat berapa Jef? Kawan kau Amer dapat berapa?”
“Jef dapat 82, Amer 100.” 

Bapak si Jef pegang bahu anak dia dan berkata dengan yakin.

“Lain kali, kalau Amer dapat 100%, kau kena dapat lebih, 102 ke 110 pun takpe. Kalau tak, kau takkan dapat nombor satu Jef. Tak dapat nombor satu tu kira tak pandai lah tu, faham Jef?”

Masa tu, aku kecik lagi kot. So takdelah aku terasa nak pergi dekat Jef dengan bapak dia lepastu cakap, “tak dapat 100 bukan bermakna bodoh dan tak berjaya pakcik.”

Parents kat Malaysia kebanyakannya macam ni lah. Seboleh-boleh nak anak diorang skor dalam periksa, dapat nombor satu dalam kelas. Diorang rasa macam tak dapat nombor satu, tak pandai, bodoh dan takkan berjaya. Tu lah aku cakap tadi, benda ni dah jadi taboo. Taboo yang menyeksa dalam diam. Yang jelas depan mata, tapi orang tak hirau. Puih!

Berbalik pada Rahman ni tadi, aku tarik kerusi lalu duduk depan dia. Aku renung dia. Dia pun renung aku balik.
“Man, don’t force yourself. You might pass your examination, but don’t make yourself a fail product by blindly follow the thing that you’ve told to. Kita manusia Man, bukan robot. Kita tak perlu dicucuk bateri dekat belakang badan untuk bergerak. Kita dah dikurnia apa yang kita sendiri tahu, akal fikiran. Buat apa kau kejar kejayaan sampai kau aniaya diri sendiri. Kau boleh study hard kalau kau nak, tapi janganlah sampai susahkan diri sendiri. Ini bukan caranya hidup Man.”

Rahman usya je aku tanpa cakap apa-apa. Bibir dia pun tak bergetar, langsung takde tanda-tanda nak balas apa aku cakap. Tak lama dia bangun daripada sofa sambil tutup buku. Dia ambil ipod dia, gulung earphone lepastu blah daripada situ.
“Kau takkan faham aku Amer.” Kelibat dia hilang disebalik pintu.


Aku pun bersandar. Terasa fucked up pun ada. Macam mana aku nak faham. Aku berhadapan dengan robot yang bernyawa manusia. Ada kehendak, ada kemampuan untuk kawal diri, tapi tak reti guna. Suka kaulah Rahman, asalkan kau bahagia.



Saturday 1 November 2014

Hargai


Aku tersesat dalam hutan, jauh aku berjalan, tapi nampak gaya, takde langsung chance aku akan temui jalan keluar. Walaupun begitu, naluri aku mengatakan, aku harus teruskan perjalanan. 

Masuk dan masuk, aku menemui sebuah kapsul besar. Cukup besar bahkan boleh memuatkan dua tiga empat manusia dewasa di dalamnya. 

Puas membelek dan terus membelek, aku menemui satu punat untuk mengaktifkan kapsul ini. Aku tergamam seketika. Kapsul ini, kapsul masa. 

Mungkin dengan kapsul masa ini, aku boleh mengubah sejarah dunia? Ataupun, mengetahui apa yang tersurat di masa hadapan? Siapa tahu? Hahaha. Seronoknya. Hari ini memang hari bertuah aku!

Tapi masalahnya, kata manual yang aku jumpa, aku cuma boleh menggunakan kapsul ini sekali saja. Ah!

Mana taknya, jika tersalah pilih, angan angan yang aku angankan hanya tinggal angan angan. Kalau aku pilih balik ke masa lampau, aku terlepas masa hadapan, begitu juga sebaliknya. 

Aku jadi musykil untuk pilih yang mana satu - masa hadapan atau masa lampau?

Terduduk sebentar aku diatas bongkah batu besar di sebelah kapsul itu. Lama. Dalam betul aku harus fikirkan. Kena fikir masak masak. Naik benak otak aku macam ni. Hm.

Tik tok tik tok, masa terus berlalu. Aku cuba fikir balik, mungkin bukan masa lampau yang patut aku perbaiki. Mungkin juga bukan masa hadapan yang patut aku terokai. Mungkin aku hanya seperti tikus membaiki labu kalau pergi masa lampau. Mungkin aku hanya akan hanyut dan lemas meneroka masa depan yang masih misteri?

Ya, mungkin aku patut biarkan kapsul ini hanya menjadi kapsul. Biar ia tertimbus dek musim berganti. 

Mungkin aku patut lebih menghargai hidup aku sekarang. Berhenti dihantui masa lampau. Berhenti takut dengan masa depan.



Friday 31 October 2014

Semak


Mungkin kalau kita padamkan matahari, baru kita boleh lihat manusia meroyan mencari cahaya. Tapi, kita cuma manusia biasa, mana ada kuasa nak buat semua tu. 

Bukan aku nak cakap apa, cuma manusia dengan pegangan hidup bercanggah ni rasanya tak boleh dipisahkan. Yang baik, dia cinta, yang buruk dia tolak. Rijek mentah-mentah, tanpa usul tanpa periksa. Bila tak dapat apa yang dia nak, dia marah. Tak sama benda yang dia peroleh dengan kehendak, dia rasa Tuhan tak adil, Tuhan tak sayangkan dia. Marah Tuhan macam Tuhan tu kawan-kawan sekeliling.

Pergi mereputlah dengan pegangan hidup kau tu.




Friday 24 October 2014

Gelap



Di bilik itu aku tatap tubuhku daripada atas hingga ke bawah. Tiada jasad yang kelihatan melainkan gelap malam memenuhi tiap sudut. Lampu kubiar tutup, kipas kubiar pusing, minda kubiar bekerja terus. Berfikir.

Adakah sebenarnya gelap itu yang asas? Atau cahaya itu dasarnya? Tiada cahaya, maka gelaplah -- kerana gelap, barulah cahaya menerangi. Dua soalan yang jika kau balik balikkan tetap akan jadi begitu, tiada kan kau temu jawapan. 

Aku capai cawan berisi kopi di atas meja hujung kaki katil. Aku letak ia di situ sedari tadi. Tanpa cahaya pon aku boleh tau kedudukannya. Aku hirupnya perlahan. Aroma harum menusuk ke hidung, memberi suatu rasa nyaman dan menyegarkan. Aku tenung air di dalam cawan. Kopi itu ronanya legap. Usah perlu lampu untuk aku suluh sudah aku tahu kopi itu warnanya begitu. Jika kau penggemar air kafein ini, kau akan tahu, untuk enak, pekat pekatkan adunannya. Lagi pekat, lagi kaw.

Jika kau ulang baca tulisan ini, banyak perkara yang asaljadinya sudah gelap, tapi kau rasakan perkara itu biasa. Atau dalam erti kata lain, gelap itu sendiri ada ertinya.

Benda benda lazim yang buat aku berfikir bahawa tiap satu perkara itu sudah diciptajadi dengan makna sendiri. Sesekali jika kau rasa kau sedang bergelap, sama ada keadaan, suasana, masa depan, dalaman atau apa saja, fikirkan tentang maknanya. Godek lebih dalam, pasti ada jawapan di sebaliknya.



Wednesday 22 October 2014

Konotasi


Terbanglah ke mari, cuba gali tanah tandus yang kau beli. Di balik sana mungkin kan kau temui lubuk yang kau cari selama ini. Siulkan kata aluan bila kau kecapi, jauhi terus sunyi. Beri laluan pada yang masih belum mati, yang baik kongsi kongsi. Jika langit sudah kau hinggapi, lautan pula harus kau perolehi. Sedalam dalamnya harus kau selami, bukan takat renang tepi tepi. Mungkin di situ nanti, ada sang duyung menanti. Kata di bibir yang meniti, setiap cebis aksara sila ingati, tiap satu ruang mimpi kau harus jelajahi. Redah saja kawah api dan gaung tinggi, usah peduli. Jika hidup sebuah mainan maka sertai. Kekal teguh dan terus berlari. Selagi belum hilang mentari, jangan pernah berhenti mencari, Selagi ada pagi, nikmati. Sebab Tuhan cantum tanah cipta kita jadi, bukan cuma untuk hidup dan mati.



Tuesday 14 October 2014

Kepompong


“Aku tau aku jenis berkurung, jenis yang duduk dalam rumah, bahkan duduk dalam bilik 24 jam. Keluar hanya bila perlu. Janganlah bash.”

“Macam mana orang tak mengata, dah kau tak bercampur dengan orang.”

“Buat apa bercampur kalau hanya untuk tambah sakit, tambah perit. Takde pekdahnya.”

“At least bergaullah, kenal kenal. Ambil yang baik baik je, yang buruk buruk tolak tepilah. Sosial tu perlu, untuk masa depan kau.”

“Kau fikir ada ke orang baik lagi dalam dunia ni. Mana ada dah. Orang baik dah pupus, ditelan dek zaman.”

“Ada. Kau je yang tak tau. Tu lah, berkurung lagi, mana nak jumpa.”

“Yelah. Nanti nantilah.”

“Bagus. Eloknya cepat cepat. Hidup kita tak tau bila akhirnya.”

“So, mana aku nak tuju memula?”

“Keluar daripada dunia paranoid kau tu dulu.”




Saturday 4 October 2014

-



Selamat hari raya. Salam Aidiladha. Semoga selamat semuanya.




Saturday 13 September 2014

Rencana




Aku bukak kasut rona coklat lalu kuletak di atas rak bahagian tengah. Palitan tanah sudah kubuang terlebih dahulu sebelum ianya terletak elok di situ. Aku lepaskan mengah untuk seketika. Letih, itu yang aku rasakan. Letih dan penat itu pada asasnya suatu perkara yang sama. Tapi jika kau selami sedikit jauh, kau akan sedari bahawa ianya sesuatu yang ada bezanya. Apa bezanya? Fikirlah sendiri.

Tombol pintu dipulas, lalu aku langkah masuk dengan kaki kanan. Bukan apa, itu tanda rahmat. Aku letakkan beg bimbit di atas meja. Baju aku tanggalkan dan disangkut di birai katil. Tubuh kurebahkan. Aku hadap siling dengan pandangan kosong. Bilik itu gelap. Lampu kubiar tidak dibuka sekadar kipas kubiar pusing. Minda aku biarkan berlegar legar. Berfikir tentang rencana ini molek difikir dalam suasana tenang. Dan dalam keadaan gelap sebegini aku temui ketenanganku, entah kenapa, aku sendiri tidak tau.

Jika difikir lebih jauh, aku sebenarnya ingin sekali memiliki rumah sendiri. Rumah yang dibina di atas tanah sendiri. Rumah yang tidak rapat dindingnya dengan rumah orang lain. Atau bahasa mudahnya banglo. Ia tampak menarik. Dengan halaman rumah yang kau bebas lakukan apa apa. Menanam, buat padang bola, korek kolam renang, bina garaj besar besar - suka hati.

Aku juga mahu bina kafe. Kafe yang masih belum kutahu mahu letak nama apa. Aku cuma tahu, kafe itu ada taglinenya sendiri - "Meat and Dessert". Begitulah lebih kurang. Disebelah kafe, ingin kubina dengan bilik berdinding kaca, butik pakaian jenama sendiri. Koleksi pakaian gaya jalanan, moden, kemas, urban, casual dan sebagainya.

Dan ingin sekali aku, terbang keliling dunia. Berseorangan. Tapi, berdua lebih baik, kan? Heh. Daripada satu negara ke satu negara. Bermalam satu dua minggu. Berhenti, melancong sini sana. Ambil gambar banyak banyak. Kemudian terbang lagi ke negara lain.

Kalau fikir lagi dan lagi, mahu seronok diulik mimpi mimpi yang tak pasti. Baik aku bersedia. Agar suatu hari nanti, angan angan ini bisa aku jadikan realiti dengan sekali petik saja.

Ah, angan angan!



Saturday 30 August 2014

Merdeka




Aku bongkargali lubuk yang tuan kita semai dulu. Yang mereka tanam dalamnya benih benih suka. Yang dulunya dusun itu tapak perang yang ditawan. Lalu tuan kita tawan semula. Tuan kita tukar dusun tandus jadi taman yang mewangi. Berbunga mekar di setiap inci. Yang bunganya berjenis dan bermacam rona. Akarnya tidak serabut, tidak bertindih dan tidak celaru. Aku gemar taman yang dulu, sebab itu aku selongkar semua. Mungkin akan aku temui sebiji dua, benih gembira yang tertimbus dek zaman berganti. Mudah mudah, aku dan komrad boleh semai semula. Biar ia berputik jadi mawar yang indah mewarna. Agar kita boleh senyum bersama, semula dan selamanya.

Selamat Merdeka semua-nya.



Thursday 28 August 2014

#6


Sebab Tuhan tak jadikan manusia untuk hidup dan mati semata mata.




Saturday 16 August 2014

Teaser: Ros #1




        Frankie mundar mandir. Di tangan kanannya ada sekeping gambar Dato Muqriz yang bertanda pangkah dipegang sedari tadi. Pintu balkoni yang dibiar terbuka membolehkan cahaya bulan menerangi segenap bilik. Bulan mengambang malam itu menandakan hari sudah masuk ke penghujung bulan. Pergerakan Frankie perlahan saja. Sudah hampir setengah jam dia mundar mandir. Sesekali di benak fikirannya terbayang peristiwa silam 15 tahun lalu yang telah meragut kebahagiaannya. Wajah wajah mereka yang terlibat muncul satu persatu. Wajah wajah yang telah lama menyemai benci di dalam kalbu yang paling dalam dan membuahkan dendam yang menyakitkan. Dendamnya akan dilunaskan tidak lama lagi. Dia sesekali tersenyum membayangkan mereka yang telah dibunuh. Mr. Ranjiv, Zainal, Farhan dan Brother Roy antara mereka yang telah menjadi mangsanya. Perasaan puas sedikit tergambar di wajahnya. Namun dendam pada mereka yang masih belum dibunuh masih menjadi punca kemarahan di dalam jiwanya yang sakit. Frankie mendengus halus apabila terdengar sesuatu di luar balkoni.

        Berdiri sesusuk tubuh berselubung kepala dengan jaket kulit hitam. Sesusuk tubuh berdiri tegap merenung dirinya yang sedang mundar mandir. Sedar dirinya diperhati, Frankie berhenti melangkah. Ditenungnya kembali kelibat itu. Seseorang yang diselindung selubung kepala itu seakan tersenyum menghadapnya. Kelibat dengan tidak berwajah itu mendekati Frankie.

        “Hi.” Kata Loki.
        “Kau buat apa datang sini?” balas Frankie.

Loki tergelak kecil mendengar keluhan Frankie. Kemudian, dia menarik sebuah sofa kecil lalu menghenyakkan dirinya di atas sofa tersebut lantas bersandar dengan selesa.

        “Jangan cepat marah kawan, tenang.” Kata Loki.

Frankie mendengus. Dia seakan benci dengan kehadiran Loki di rumahnya. Namun tidak dihiraukannya sangat. Ditarik sebuah kerusi dan dia duduk menghadap luar balkoni. Pemandangan malam dengan lampu yang bergemerlapan memberi suatu perasaan mendamaikan walaupun di dalam dirinya sedang terbakar dek dendam yang membara.

        “Kenapa kau datang malam ni? Bukan ke kita tak boleh berada di tempat yang sama dalam satu masa.” Tanya Frankie.
       “Relax. Takde siapa yang nampak.” Jawab Loki sambil tergelak kecil. Dia membuka topeng yang menutup wajahnya itu lalu diletakkan ke atas meja. Namun biasan cahaya tidak cukup menampakkan wajahnya yang terselindung di sebalik selubung kepala.

        “Kau kenal dia ni?” tanya Frankie sambil mengunjukkan gambar Dato Muqriz kepada Loki.
        “Kenal. Musuh sejak sekian lama. Kenapa kau tak bunuh dia masa kat gudang tu?”
        “Belum tiba masanya. Yang kali ni, kau nak bunuh dia ke aku?”

Loki gelak sebelum terbatuk batuk.

       “Ini kau punya, bukan aku. Aku pilih the next one.”
       “Siapa?”
       “Aik, takkan kau tak tau? Penipu! Apa yang aku terfikir sekarang, itu jugak yang kau fikir babi.”
       “Jangan mencarut, tak baik.” Kata Frankie selamba.
       “Oh, bunuh orang tak apa, mencarut jangan. Okay.” Cebik Loki seraya tersenyum.

       “Hm, bila kau nak bunuh dia?” tanya Loki merujuk pada Dato Muqriz.
       “Minggu depan.”
       “Oh. So aku tak boleh datanglah minggu depan.”

Frankie bangun membetulkan jaket kulitnya. Loki turut bangun, juga membetulkan jaket kulitnya. Dia mengenakan topengnya semula. Diseluk poketnya lalu mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dan diletakkan di atas meja.

        “Nah. Hadiah untuk kau.” Kata Loki sambil tersengih di balik topengnya.
        “Baik bagi ‘dia’ daripada bagi aku.” Balas Frankie.
        “Dia?” tanya Loki sebelum mengangguk faham.
        “Oh dia.” Sambung Loki. Lalu terjun daripada balkoni dan menghilangkan diri disebalik kegelapan malam.

Frankie mengambil gambar Dato Muqriz yang diletakkan di atas meja sebentar tadi lalu dia mundar mandir semula. Marahnya masih meluap luap.


* * *


       Rafael tersedar daripada tidur. Jam sudah menunjukkan tiga dua puluh pagi. Selepas pulang daripada kerja petang tadi, dia segera balik ke rumah. Setibanya di rumah, dia melakukan sedikit kerja dan entah bila dia terlelap tidak disedarinya. Dia bangun lalu mencapai tuala kecil yang tersangkut di kerusi meja solek lantas bergerak ke bilik air. Setelah usai, dia keluar. Disangkutnya tuala kecil itu di kerusi meja solek itu semula. Mukanya yang dibasuh dengan air sebentar tadi memberi sedikit kesegaran walaupun dia tidak bercadang melakukan apa apa melainkan menyambung tidurnya kembali. Rafael duduk di birai katil sambil meluruskan kakinya yang sedikit lenguh dek tidur yang lama fikirnya. Dibiarkan bilik itu gelap dengan hanya lampu tidur suram yang terpasang, yang hanya menerangi sedikit saja sudut bilik itu. Dia mengesot di atas katil lalu menyandar pada dinding. Menyesal pula dia membasuh muka kerana dia terasa sedikit segar. Dicapai botol air mineral lalu diteguknya tiga kali.

        Dia memerhati sekeliling biliknya apabila mendapati seakan ada angin yang menerpa masuk. Dipandangnya ke balkoni biliknya. Ia terbuka luas. Dia jadi hairan, entah sejak bila dia membiarkan balkoni itu tidak tertutup pon dia tidak pasti.

        “Padanlah sejuk semacam” Rafael bermonolog.

Lalu dia bangun dan menarik sliding door. Langsir yang menjadi tirai pintu itu turut sama ditarik dan dibiarkan sedikit terbuka, membenarkan cahaya bulan masuk. Dia kembali semula ke katilnya. Rafael menepuk nepuk bantal kepalanya dan mengibas ngibas selimut sebelum baring di atas katil. Namun, dia terperasan sesuatu di atas meja solek yang dibiasi cahaya bulan. Sesuatu yang berbentuk pelik seperti gumpalan tisu memenuhi meja soleknya itu walaupun tidak terlalu banyak. Dia bangkit semula. Dia mendekati meja soleknya itu lalu mengambil gumpalan itu. Dirasanya menggunakan hujung jari. Terasa sejuk dan basah sedikit. Bulu bulu halus di permukaan gumpalan itu sedikit menjengkelkan. Tanpa berlengah, dia membuka suis lampu dan cahaya menerangi segenap bilik tidurnya itu.

        “Bunga ros?”




Wednesday 9 July 2014

Untitled


I dont get it, "asyik dengan world cup sampai tak ingat gaza" and so on. Apa ingat orang layan world cup tak boleh doakan gaza ke palestin ke? Apa ingat world cup tu the whole day ke? Yes, memang world cup tu hiburan, melalaikan and so on. Tapi semuanya based on diri kita sebenarnya. Doa buat apa nak dicanang pada semua. Doa bukan jiran sebelah rumah yang kabulkan, bukan bilamana orang perhati baru doa tu makbul. Bukan. Yang makbulkan tu Tuhan semesta alam ni. Jangan salahkan world cup, jangan salahkan sekeliling. Takyah kaitkan dengan apa apa. Memang kita tak mampu lakukan apa benda. Setakat borak, sembang "kalau aku..." je memang power. Nak pergi berperang sama memang jauh panggang daripada api. Doa je jalannya. Jadi doa diam diam. Berterusan. Asalkan ikhlas. Tuhan tahu. Tak nampak kesan besar, yang kecil kecil in sha Allah dah berlaku sikit sikit. Belum masanya Allah nak beri yang terbaik untuk mereka di Palestin. Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang. Bukan orang yang sibuk cakap "world cup tu agenda bla bla bla."



Saturday 7 June 2014

Keretapi dari KL Sentral




Pandang dunia ni kau akan lihat sesuatu yang selama ni jelas di mata, tetapi amat tipis maknanya. Kau tau apa? Manusia. Mereka ada di mana mana. Buto kalau kau kata kau tak pernah jumpa orang dekat jamban pukul 3 pagi. Mesti ada, at least dekat RnR mana mana. Tipulah kalau kau kata kau puas hati dengan semua orang. At least kau ada rasa resah dekat segelintir manusia, cemburu dengan apa yang dia ada. Sesekali kau mesti ada tanda tanya yang kau pendam sendiri. Yang kau rasa, kalau kau cerita dekat orang lain, tidak akan sama seperti jawapan yang kau pinta dan harapkan. Kekadang kalau kau duduk dalam train tuju ke rumah, ditakdirkan celaka hidup kau hari itu, datang seorang lelaki gemuk berbau busuk labuhkan punggung di sebelah kau. Baunya membunuh, bangkai punya bau, lahanat punya busuk. Mesti ada benci, kan? Manusia nampak je simple, ada mata, telinga, kaki, tangan yang setiap satunya kita juga punya. Tapi, hakikatnya, kita berbeza, sama sekali, luar dalam. Mungkin jari kita sama runcing, tapi hujung kuku dia, ada kotoran hitam yang tercalit sedang kita, kemas terpotong di setiap batang jari. Faham apa aku kata tersirat tadi, faham? Masih belum ye. Takpe, aku jelaskan lagi. Mungkin kau lihat seorang lelaki sarung baju melayu rona hitam dengan cekak musang kemas dikancing satu satu. Mungkin kau nampak dia baru keluar daripada kereta Mercedes, kau mesti rasa "babi, kaya dia ni. Dress up power, kereta power." Tapi, nampak tak hati dia? Nampak tak cerita di sebalik diri dia, nampak? Mana tau, dia mungkin tampak ukir senyum, tapi realitinya leretan bibirnya hanyalah ilusi yang ditayang untuk tatapan kita kita semata, padahal dalamnya menangis tak henti. Boleh jadi, kereta mewah tadi bukan dia beli melainkan baru lepas rembat dari tempat parking underground Midvalley, manalah tau kan. Sebab, sembunyinya cerita seorang manusia ni, lagi rahsia daripada segala jenis rahsia yang pernah ada.



Thursday 5 June 2014

#5



Chin up. Face the world. Sabar. Dunia memang penuh bullshit. Dia dah tua, dia dah parah.



Wednesday 4 June 2014

Ulik mayang


Masa tu seingat aku, tahun 2006. Masa tu aku baru darjah 6. Awal tahun tu family aku buat keputusan pindah rumah. So macam biasa, before pindah kemas kemas barang. Time tu dah senja, aku dengan kawan aku Syapiq, baru balik daripada berkubang kat paya hujung taman. Kitorang balik naik basikal. 

Dalam perjalanan tu, kitorang lalu kat satu rumah besar yang terbengkalai sebab kontraktor lari. Yang mulut Syapiq ni punya celupar dia cerita, 
"Minggu lepas kat sini lah orang nampak penanggal. Kat sini ah."
Aku diam aje, tak tau nak balas ke nak tegah, takut. Bab bab hantu ni aku lemah sikit. 
"Woi Mi, kau dengar tak? Kau tengok konkrit tinggi tu, situlah penanggal yang diorang kata tu."
Aku jeling Syapiq. 
"Apesal? Kau takut eh? Hehe." Syapiq sengih.
"Weh Mi! Belakang kau Mi! Lari Mi cepat!" Syapiq mengagah.
Aku punyalah takut, sampai dah standby kuda kuda nak lari dah. Syapiq dok bantai gelak. Aku diam je, sebab aku memang takut. 
"Lek ah. Takde apa, acah je."
Pastu Syapiq ajak aku lumba basikal sampai rumah, sebab dah azan. Aku pon follow. Sampai depan rumah aku, Syapiq straight je kayuh, rumah dia selang tiga rumah je daripada rumah aku. Aku parking basikal dekat garaj. Pastu beri salam. Time tu rumah aku lampu luar lip lap lip lap nak terpadam pon aku jadi takut. Aku ingat pesan orang tua, masuk rumah beri salam. Sebab jin dah ready atas bumbung nak masuk rumah kalau kita tak bagi salam. 

Mak dengan bapak aku time tu tengah lepak kat sofa depan tv. Mak aku tengah lipat baju, yang ayah aku baca suratkhabar. Aku terus gerak bilik aku kat tingkat atas, mandi. Lepas mandi, aku solat maghrib. Lepas tu baca Al-Quran dua tiga page. Setel semua urusan tu, aku lepak lepak, sandar kat dinding sambil baca baca majalah Ujang. Selalunya lepas Isyak baru aku turun bawah. 

Masa tu bilik aku agak semak sikit, sebab barang semua dah kene punggah nak pindah katakan. So majalah Ujang yang aku baca tu aku main capai je dekat bahagian buku buku yang berlonggok tu. Tengah tengah syok layan Ujang, aku dengar bunyi macam muzik kat ruang tamu bawah. Aku heran, mak bapak aku pantang bukak muzik ke tv ke waktu maghrib ni. 

Aku teliti bunyi dia, sah ada pasang lagu. Aku berdiri, pergi ke pintu dengar daripada dalam. Alunan muzik dia mendayu dayu je macam lagu lama. Selalunya nenek aku je layan lagu macam ni, irama melayu macam joget tu. Aku jadi pelik. Aku pon bukak pintu decide nak turun lah, nak tengok apa pasal mak aku pergi bukak lagu time time macam ni, tak pernah pernah. Beberapa step aku turun tu, aku berhenti. Aku macam lost kejap. 

Sebab kat depan tv mak aku dress up pelik. Baju kebaya warna kuning siap dengan sanggul. Ayah aku bersandar kat sofa. Mak aku start menari. Lagu ulik mayang berkumandang. Bapak aku sengih sengih. Tarian mak aku punyalah smooth. Kiri kanan lenggok dia perfect. Tak pernah aku tengok semua ni selama ni. Bila dah seminit dua tengok macam tu, tetiba aku jadi tak sedap hati. Macam seram tetiba. 'Puteri dua berbaju serong~' mendayu dayu. Time tu bulu roma aku dah mula naik, sebab lagu tu macam berhantu je irama dia. Yang aku hairan kenapa mak aku joget bapak aku boleh siap tepuk tepuk tangan lagi. Macam ada yang tak kena. 

Bila lagu dah habis, aku macam tersentak. Mak dengan ayah aku pulak diam je tak bergerak. Aku nak gerak naik bilik semula, tapi terbejat. Sekali mak aku nyahut, 
"Azmi, meh turun sini."
Suara mak aku masa tu lunak kemain lagi. Aku macam ikut je, aku pon turun. Sampai dekat sofa, mak dengan ayah aku still tak toleh ke arah aku. Bila aku dah duduk, lagu joget asli pulak start. Yang aku pelik, bunyi lagu tu macam jauh, tapi jelas dengar siap bunyi gamelannya sekali. Datang daripada mana aku tak sure. Aku khayal je tengok mak aku joget kiri kanan, ayah aku gelak gelak kat sebelah. Tapi sekali pon aku tak pandang muka ayah aku. Rasa semacam. 

Tengah tengah joget, mak aku toleh ke arah aku. 
"Azmi, meh sini."
Dia hulurkan tangan. Aku sambut aku menari sama. Memula okay, lelama makin kuat pegangan dia. Aku biar je. Then, dia bisik, 
"Jangan pergi."
Aku tanya apa sebab macam tak jelas, dia bisik lagi "jangan pergi" Aku tak faham apa dia cakap, jangan pergi mana. Tetiba aku rasa leher aku sejuk macam ada hembusan angin. Aku perasan tu mak aku mendengus. Bila aku toleh je. Terperanjat gila. Mak aku dah bukan rupa mak aku. Muka berkeriut kedut seribu, bola mata terkeluar, mulut berseringai, rambut kusut masai, gigi bertaring betul betul depan mata aku. Aku menjerit. Tapi jeritan tu tak terkeluar. Aku nak lari, tapi pegangan hantu tu kuat sangat. Aku buntu. Dia mengilai sambil ketawa. Mulutnya yang menggerutu tu ternganga nganga. Aku toleh ke tempat bapak aku duduk tadi. Aku tergamam lagi. Ada lelaki tua rambut panjang ke dada, dengan leher terburai isi, mata sebelah tenggelam ke dalam, sebelah tersembul tengah sengih sengih. 
"JANGAN PERGI! JANGAN PERGI!" teriak puaka itu.
Masa tu aku harap ada orang selamatkan aku, doa semua dah tunggang terbalik aku baca. Bila hantu tu dekatkan muka dengan aku, nafas panas dia dapat aku rasa. Suaranya garau mengekek ketawa. Aku jadi lemah lutut. Aku terduduk. Lemah semangat. Aku jatuh terkulai. 

Dalam samar samar tu, aku dengar ada orang ketuk pintu. Tapi aku macam tak berupaya nak gerak bukak pintu. Bila pintu terbukak, aku nampak mak dengan ayah aku masuk. Aku toleh kiri, hantu tu dah takde. Mak dan ayah aku bukak lampu, terang ruang tamu tu. Bila nampak aku terbaring, terus diorang dapatkan aku. Sejak peristiwa ni berlaku sampai sekarang, aku masih tak faham apa benda yang kacau aku masa tu. Dan ayat "jangan pergi" tu aku tak dapat tafsir sampai sekarang



Rumah agam


Alan seperti biasa, bersiar siar mengambil angin sebelum terus pulang ke rumah setelah penat bermain bola sepak di padang. Sengaja dia membawa motor dengan perlahan agar angin petang dapat menghilangkan peluhnya. Sambil sambil itu, dia bersiul girang. 

Di simpang empat, Alan terlihat seorang budak lelaki tersungkur daripada basikal kecil. Budak itu menangis teresak esak. Alan yang sudah hampir dengan kanak kanak itu memberhentikan vespanya. 
"Adik okay tak adik?"
Budak itu masih menangis. Alan dapat melihat darah mengalir daripada lutut budak kecil itu. 
"Cemana boleh jatuh ni dik? Aduhai kesian."
Alan membantu budak itu berdiri. Budak itu masih menangis. 
"Dah dik dah, adik nak balik rumah tak? Diam, jangan nangis lagi. Abang tinggal kat sini kang." tegas Alan. Budak itu berhenti menangis walaupun masih ada esakan. "Rumah adik kat mana?" tanya Alan.
Budak lelaki itu hanya menunjuk ke arah simpang tiga hadapan tidak jauh daripada situ. 
"Okay, jom naik."
Alan meletakkan basikal kecil itu dipangkuannya di atas motor. Basikal itu ringan, tidak menjadi masalah dipangku sebegitu. Mereka mula bergerak. Di simpang tiga, Alan menyoal, 
"Mana satu dik rumah? Besar besar rumah sini."
Budak itu menunjuk ke arah sebuah rumah agam lengkap dengan taman di halaman mengunjur ke kawasan belakang. "Wah!" Alan jadi kagum. 
"Dah sampai. Turun dik." kata Alan apabila sudah sampai di depan rumah itu.
Baru Alan hendak bergerak, emak si budak keluar memanggilnya. 
"Masuk dululah nak. Minum minum."
"Takpelah cik. Saya nak balik ni."
Tiba tiba seorang pakcik menepuk bahunya. 
"Eh masuklah dulu. Anak dah hantar anak pakcik, lagipon nak maghrib, tak elok merayau."
Alan serba salah. Tapi betul kata pakcik itu, maghrib tak elok merayau. 
"Okaylah cik." 
Alan menongkat vespanya lalu mengikut masuk ke rumah. Alan kagum sungguh. Rumah itu besar sekali. Setiap hiasannya nampak mewah benar. Berkilau matanya. 
"Anak duduk mana?" tanya makcik itu.
"Dekat dengan masjid kubah hijau tu makcik." jawab Alan.
Dua orang gadis keluar daripada dapur membawa sedulang air. "Minum bang." Alan senyum. Manis betul budak budak ni, desis hatinya. 
"Mandi mandilah dulu kat sini. Nampak macam berpeluh semacam je anak ni." kata makcik itu.
Alan senyum saja. Selepas seteguk dua, Alan sudah tak tau nak buat apa. Air sudah diminum, hendak main henfon bateri sudah habis. Dia mati akal. Mak bapak budak kecil itu sedari tadi memandangnya saja, tidak berganjak. Masing masing dengan senyuman yang tidak putus putus. Alan hairan. Alan jadi tidak selesa, lalu dia meminta diri. Makcik itu ketawa perlahan diikuti pakcik beruban itu. 
"Mau pulang ye nak? Mana boleh." garau suara pakcik itu diselangi dengan hembusan nafas kasar. Alan makin pelik.
"Kenapa?"
"Dah datang sini mana boleh balik nak." Alan menelan liur.
Dia jadi cuak. Cara percakapan mereka berubah garau dan sinis. Alan segera menuju ke pintu. Namun pintu tiada di situ, seakan akan lenyap. Dia tidak keruan, melilau dia mencari pintu tetapi tidak ditemui. Keluarga misteri itu ketawa terkekek di belakang. Hilai tawa mereka berpanjangan dan mendayu dayu. Ketika Alan bergerak ke tingkap, makcik itu mendekati Alan. Alan jadi kaku. 
"Anak takut ke? Tadi masuk elok je nak, takkan sekarang takut?"
Makcik itu berubah wajah. Rupanya buruk. Mulutnya kopak, matanya terbelalak. Taringnya tersembul. Darah dan nanah memenuhi wajah itu. "Tak boleh keluar!" makcik itu menyeringai. Alan langsung tidak berganjak. Akalnya mati tidak tahu buat apa. Pergerakannya kejung. Tiba tiba 
"Abang nak balik dah ke?" budak kecil tadi muncul di belakangnya.
Dia berkulit pucat, bermata bulat terkeluar dengan liur meleleh. Budak kecil itu memeluk kaki Alan. Alan cuba menolak, namun tidak boleh. 
"Abang ni baik, abang tolong saya. Lepaskan dia mak."
Makcik itu mendengus kasar. Perlahan lahan dia mengundur ke belakang. Dia senyum dengan rupa buruk. Alan hanya mampu melihat. "Pergi!" jerit makcik itu. Alan tersentak. Dia terduduk. Jeritan itu membingitkan. Lalu dia pengsan. 

Entah bila, Alan sedar daripada pengsan, dia sudah berada di dalam biliknya. Ibunya berada di sampingnya sedang mengelap dahinya dengan kain basah. 
"Urghh, macam mana Alan balik mak?" tanya Alan.
Ibunya mengeluh. 
"Kau pergi mana Alan? Nasib baik mak cari, kawan kau Razip yang jumpa kau kat tepi simpang kubur tu."
Alan diam. Dia tidak mau menjawab apa. 
"Takpelah. Demam, panas badan kau ni. Rehat cukup cukup Lan."
Alan mengangguk. "Baik mak." 

Ibunya bangkit menuju ke pintu lalu meninggalkannya sendirian. Alan menelentang menghadap siling. Tiba tiba bahunya dicuit. Alan menoleh. 
"Terima kasih bang."
Budak kecik dengan mata tersembul tadi, dengan bermuka pucat biru menegurnya sambil mengilai di sebelahnya. Alan pengsan lagi.



Tumpang tidur


Buku masih di tangan Tina. Namun, dia sudah mengantuk. Sudah beberapa kali dia menguap sehingga air mata turut mengalir sama. Jam sudah pukul 3 pagi. Kucing dan anjing bergaduh di luar membingitkan suasana. Namun Tina tidak hirau, dia teramatlah mengantuk. 

Sedang dia ralit dengan ngantuknya, terasa lehernya dikuis daripada belakang. Dingin saja rasanya. Dia menggosok lehernya yang terasa geli itu. Buku sudah dikatup. Dia menguap lagi. Sekali lagi, dia terasa tengkuknya dikuis. Dia jadi pelik. Kipas dibuka perlahan saja, takkan lah boleh meniup sesuatu, sehingga menguisnya. Dia biar saja. 

Sekali lagi dikuis, kali ni terasa kasar. Seolah olah benda yang mengusiknya bersisik. Tina jadi tak keruan. Dia berganjak ke depan sedikit. Kali ni kuisan makin kerap. Tina menjadi seram sejuk. Terasa dingin di tengkuknya. Bulu romanya sudah menegak. 

Lebih kurang 10 minit, keadaan terasa tenang seperti biasa. Tina lega. Gigilnya masih bersisa, namun seramnya sudah beransur kurang. Peluh di dahi dilap. Terasa panas tubuhnya. Dia memalingkan tubuhnya ke arah sebelah lain, mengahadap kipas. 

Jantungnya terasa hendak tercabut. Tubuhnya kejung. Muka buruk dengan nanah dan menyeringai ada di depan matanya. Seorang nenek tua ada di depan mata. Jaraknya dengan Tina tidak sampai sejengkal. Rapat. Tina mampu mendengar dengusan dingin nafas nenek itu. Tina kaku tidak bergerak. Segala surah yang ingin dibaca tidak terluah. Mulutnya terkemam. Nenek tua itu ketawa. Perlahan dan seram. 
"Takut ke nak?" Tanya nenek tua itu sambil terkekek ketawa.
Tina bungkam. 
"Nenek tumpang tido sini ye nak. He..he..he..he"
Cuak Tina tidak dapat ditahan. Tina pengsan. Keesokan harinya, Tina sedarkan diri apabila ibunya kejut ketika waktu subuh. 
"Allah, panasnya badan kamu Tina. Nanti ibu bawa pergi klinik"
Tina demam panas seminggu. Kehadiran nenek tua menumpang tidur itu kekal menjadi misteri.



Menyerupai


TOK TOK TOK! Pintu rumah diketuk kuat. Milah yang masih belum tidur terkejut dek ketukan itu. Milah tak sedap hati. 
"Abang...abang... Siapa tu kat luar?" Bisik Milah perlahan sambil mengejut suaminya yang tidur langsung tak terganggu. "Abang...bangunlah bang. Siapa datang memalam buta kat luar tu."
TOK TOK TOK! Pintu masih diketuk. Milah jadi tak keruan. Suaminya mengeluh. 
"Awak ni, tidurlah wak. Lewat dah ni, apa awak bebel lagi ni. Ish." Bidin berpaling daripada Milah.
Milah diam saja, dia malas mahu ganggu suaminya berlebihan. TOK TOK TOK! Milah mengetap bibir. Ketukan di pintu makin kuat kedengaran. Bunyi ranting dipijak. Seakan akan ada orang berjalan di luar rumah. Ketukan di pintu masih bertalu. Bidin bangkit segera. Dia merungut, siapa yang mengacau malam malam buta itu. Milah di sebelah diam. 
"Siapa lah tak reti bahasa kacau malam malam ni. Aduh." Bidin bangun.
"Jangan bang." Milah menegah.
"Kenapa pulak? Dah tak reti diam tu baik pergi tengok siapa." Bidin malas fikir panjang, dia ingin jenguk siapa di luar rumahnya tu.
"Abang... mana logik orang datang malam malam buta ni bang. Pukul 3 pagi dah ni bang." Milah menjawab, suaranya separa berbisik.
"Habes tu siapa tu ketuk tu? Hantu? Hah?" Bidin celupar.
Milah menepuk peha suaminya. 
"Abang jangan celupar bang, dah malam ni bang. Apa lah orang tua ni."
Bidin berdiri. 
"Dah awak duduk sini diam diam. Saya jenguk kejap je." 
Sepuluh minit berlalu, Bidin masih tidak naik lagi. Ketukan di pintu masih kedengaran. Milah jadi tak menentu. Suaminya yang turun ke bawah entah ke mana. Entah entah, suaminya tertidur di bawah, fikirnya.

KETAK! KETUK! Bunyi tingkap rumahnya seolah olah diketuk. KETAK! KETUK! Kedengaran lagi. Milah panik. 
"Milah! Oh Milah! Bukak pintu Milah! Aku nak masuk Milah! Milah bangun Milah!" suara teriak di luar rumah jelas kedengaran.
Milah cuak. 
"Milah, bukak pintu Milah! Aku taknak tidur luar Milah!" Suara itu sebijik suara suaminya.
 Milah diam. 
"Milah! Aku tak bawak kunci Milah!" 
Milah mengerutkan dahi. Nalurinya mengatakan itu suaminya. Milah bangun. Perlahan lahan dia merapat ke tingkap. Milah menyelak langsir. Suaminya sedang berdiri di halaman rumah sambil menyahut namanya.
"Abang ke tu?"
"Ye lah Milah. Aku lupa bawak kuncilah Milah. Bukak lah pintu." Jawab suaminya lagi, berteriak.
Milah segera ke bawah, membuka pintu. Namun dia masih membaca surah suci, sambil di tangan ada yaasin, takut takut itu puaka yang mengacau. Suaminya masuk ke dalam rumah. Peluh di dahi Bidin kelihatan.
"Lambatnya kau nak bukak pintu Milah. Penat aku ketuk."
"Abang pergi mana sampai berpeluh ni? Jenguk orang sampai ke luar rumah ke?" Tanya Milah.
"Apa kau cakap ni. Aku kan tadi meeting dengan penghulu. Borak dekat warung lepas meeting, baru balik ni." Jawab Bidin, lalu ke dapur. Milah seriau.
"Hah! Abang jangan main main."
"Nak main main apa Milah oi. Betullah, tanyalah Tok Ketua nanti esok."
Milah terduduk. 
"Abang takde balik tadi ke?"
Bidin berkerut. Dia jadi tidak sedap hati. 
"Apa dah jadi Milah sebenarnya?" Milah menggigil.
"Tadi abang dah balik awal. Abang dah masuk tidur dengan saya dah pon dekat atas."
"Astaghfirullah. Sini Milah sini. Dah dah, istighfar. Takde apa k Milah. Istighfar."
Bidin memeluk Milah sambil mengusap kepala isterinya. Nampaknya, puaka telah menyerupai dirinya malam itu. Nasib Bidin dan isterinya baik, tiada apa apa yang buruk terjadi.



Budak kecik.


Masa tu Aiman tengah tengok Naruto. Sorang sorang. Rumet semua dah nyenyak tido. Punya focus Aiman layan movie tu sampai pukul 2 pagi pon dia tak sedar. Tengah scene gaduh gaduh tu, kat tingkap sebelah bunyi 'ketak ketuk'. Aiman macam dengar, tapi dia buat tak tau je. Sambung tengok cerita. 

Tak lama bunyi lagi. Kali ni bunyi macam orang baling batu. Dua tiga kali bunyi. Aiman pelik. Dia pause jap cerita. Dia selak langsir. Kat luar gelap je, cuma cahaya bulan je yang nampak tu pon suram. Aiman tutup langsir balik sebab nampak normal, takde apa apa yang mencurigakan. 

Dua minit lepas dia sambung Naruto tu, tetiba ada bunyi sayup sayup orang bagi salam. Aiman jadi hairan, siapa datang malam buta ni. Aiman try dengar betul betul, sah ada orang bagi salam. Sayup betul suara macam jauh semacam. Aiman selak lagi sekali langsir. Takde apa, takde orang. Tapi suara orang bagi salam masih dengar lagi, perlahan je. Aiman malas fikir panjang, dia sumbat earphone layan Naruto balik. 

Tengah tengah layan tu, dia rasa macam bahu dia ada orang cuit. Dua tiga kali. Dia biar je. Makin lama makin kuat pulak cuitnya. Aiman jadi seram. Dia kuatkan volume. Kali ni kat bahu dia terasa seolah olah orang letakkan tangan, lama. Benda yang sentuh dia tu terasa sejuk semacam. Bulu tengkuk Aiman dah meremang. Seram. Terasa macam jari menari nari. 

Sekali lagi bunyi orang beri salam dengar, perlahan je. Aiman teringat. Kalau bunyi perlahan ni, maknanya hantu tu dekat. Kalau bunyi kuat, hantu tu jauh. Ni bunyi perlahan ni, Aiman makin cuak. Skrin laptop tiba tiba buat hal. Aiman jadi tak keruan. Tu je lah sumber cahaya dalam bilik ni sebab lampu bilik tidurnya dah sedia tertutup daripada tadi. Tup tup, skrin terpadam. Bilik jadi gelap. Benda yang sentuh dia kat bahu tu dah tak terasa lagi. Aiman gelabah. Cari cari suis lampu, dia terus bukak lampu. 

Masa bilik dah terang, alih alih, atas katil dia ada sorang budak lelaki. Tengah duduk, tunduk je. Rambut yang tutup muka tu nampak kering semacam. Aiman makin berdebar. Aiman tau tu bukan orang, itu hantu. Nak cabut, dia jadi kaku. Dia takleh buat apa melainkan tengok je budak tu. 

Budak tu mula bangun, datang dekat Aiman yang masih berdiri kaku sebelah suis lampu. Kepala budak tu tunduk, rambut mengurai tutup muka. Sekarang tubuh budak tu dekat sangat dengan Aiman. Suara sayup beri salam jelas kedengaran. Aiman gigil. 

Tak semena mena, budak tu angkat muka. Muka pucat menyeringai tersengih betul betul depan Aiman. Benda tu mengekek ketawa nampak Aiman takut. Badan Aiman jadi lemah. Dia nak jerit semua tak boleh keluar. Muka menyeringai benda tu betul betul buat dia lemah lutut. Tetiba ada orang tegur dia daripada belakang. 
"Hoi Man. Kau pehal? Kau buat apa tu?" tanya Zack.
Zack baru keluar tandas, buang air lepas dia terbangun tadi. Dia nampak Aiman pelik tu dia tegur. Masa Zack tegur Aiman tu, benda menakutkan tu bergerak ke belakang Zack. Budak kecik tu diri je belakang Zack. Tetiba Zack rasa ada orang sentuh dia daripada belakang. Dia tengok Aiman tak gerak depan dia. Jadi dia pon toleh. 
"Astaghfirullah." Mengucap panjang dia. 
Depan dia, ada budak kecik muka pucat lesi, rambut kering hampir tutup muka, tak pakai baju, tersengih dengan mata terjegil. Cepat cepat Zack tarik Aiman yang kaku tu cabut daripada bilik. Turun bilik bawah. Nasib diorang baik bila ketuk ketuk pintu, member terus bukak. Malam tu Zack dengan Aiman tidur bilik member. Yang Aiman gigil tak berhenti, demam. Zack diam je tak banyak cakap. Sampai sekarang budak kecik mana yang kacau diorang pon tak tau.



Susah tidur


Kamal baru pulang daripada main futsal. Waktu tu dah pukul 3 pagi. Enjin RXZ nya sudah dimatikan sejak tadi, hanya lajak saja digunakan. Sebaik saja tiba di garaj, Kamal memarkir motornya. Kunci ditarik lalu disimpan ke dalam poket. 

Bau bunga cempaka di hadapan rumahnya sungguh harum. Kata orang, cempaka senang memanggil pontianak. Kamal tidak endah semua tu. Dia memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam rumah. Lantas Kamal menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas. Lalu dia ke bilik air untuk mandi. 

Sedang air berpancuran, Kamal seakan akan dengar bunyi guli berdentingan di atas lantai. 3 kali denting  dan senyap. Berulang ulang. Kamal terganggu, namun penatnya lebih dikira. Peluh dibadan harus dibersihkan dulu sebelum tidur. Bunyi dentingan guli kedengaran lagi. Kamal mematikan pili air. Bunyi guli berdenting jelas kedengaran di dalam bilik tidurnya. Perlahan lahan dia menjenguk ke dalam bilik. Tiada apa apa. Biliknya gelap saja. 

Setelah usai mandi, lampu bilik tidurnya dinyalakan, Kamal mengenakan pakaian lalu baring di atas katil bersedia untuk tidur. Dia menghadap siling. Sesekali dia berpusing ke kiri dan ke kanan. Namun susah sekali matanya mahu lelap. Bunyi dentingan guli kedengaran lagi. 3 kali denting lalu berhenti. Kali ini bunyinya datang daripada dalam bilik air. 

Kamal jadi tidak sedap hati. Kamal memejamkan mata. Dia mahu cepat cepat tidur. Tapi tidak juga dia tidur. Sedang dia berubah kedudukan mengiring ke kiri, sesuatu berbunyi daripada atas loker. Bunyi keriut. Dia diam saja. Tiba tiba, sesuatu menegur. 
"Susah tidur keee?" 
Kamal memejamkan matanya kejap kejap. Terasa sesuatu berada di belakangnya. Sesuatu yang dingin menyentuh pinggangnya. Saat itu Kamal tidak tahu mahu membaca apa lagi. Surah dibaca semuanya tunggang langgang. Hanya selawat dibaca dalam hati saja yang mampu. 

Lama masa berlalu, keadaan sunyi normal seperti biasa. Kamal sudah tenang sedikit. Cuaknya sudah beransur pergi. Kamal berpaling untuk mengiring ke kanan. Alangkah terjejutnya dia. Di depan matanya, wajah sedang menyeringai berada di situ. Kamal kaku. Kejang seluruh tubuhnya. Suara garau nyaring terkekek ketawa. Lalu benda itu bersuara, 
"Belum tidur lagi ya?"


Puaka Daus


Dulu masa masih kerja, Angah ada sorang rumet. Angah kerja gomen, pergi kerja balik kerja ikut time gomen. Daus kerja tak tentu masa baliknya. Daus asal selatan tanah air. Angah asal pantai timur. Walaupun duduk serumah sewa, mereka jarang berborak dek kerana busy. Satu hari Angah dapat text daripada Daus,
"Angah. Gua balik kampung seminggu. Jaga diri."
Beberapa hari kemudian, Angah pulang ke rumah rumah daripada seminar. Waktu tu sudah lewat malam. Angah seluk poket ambil kunci rumah seperti biasa. Aneh, ada bunyi tv terpasang dari dalam rumah. Kan Daus balik kampung? Angah tak fikir benda seram, dia pon masuk selamba. Di ruang tamu, ada Daus sedang tonton tv tidak berbaju. Angah mula borak, 
"Cepat kau balik Daus? Kata balik kampung seminggu?"
Daus senyum. 
"Senyum pulak kau. Aku tanya asal balik cepat?"
Daus sengih je. Angah malas soal banyak, dia ke dapur buat kopi. "Weh, kau nak air tak Daus?" Daus hanya menggeleng. "Pelik kau ni Daus. Sengih je. Kene sampuk ke apa?" Angah meroyan. 

Sedang minum kopi, Angah perati Daus. Dalam samar samar cahaya tv, Angah sedar yang Daus yang ada sekarang bukan Daus. Betapa cuaknya Angah time tu hanya Tuhan saja yang tau. Dia cuba kawal diri. Daus mengekek di tepi Angah seakan tau Angah sudah takut. Angah beranikan diri. 

"Kau gelak gelak kenapa Daus? Apa yang kelakar?"
Daus paling muka hadap Angah. "Angah, kau takut sebab kau dah tau aku bukan Daus kan?" Tanya Daus sambil mengekek perlahan. 

Taringnya tersembul. Angah sudah kabut. Dia lari tinggalkan ruang tamu itu. Daus mengilai tak berhenti. Angah berlari ke rumah jiran, Pak Manap. Malam itu dia tumpang tidur di situ. Riuh malam itu Angah dikacau puaka. Angah tak mampu bercerita apabila ditanya. Hanya wajah 'Daus' saja terbayang dek mata. Keesokan harinya, Angah pulang ke kampung, demam. 


Lepas dua minggu cuti sakit, Angah balik rumah sewa semula. Sesampai saja dia rumah, kelihatan Daus ada sedang baring di ruang tamu. Angah jadi cuak kalau kalau itu bukan Daus yang sebenar. Namun, dia relaxkan diri tanya, 

"Bila kau sampai KL Daus?"
Daus toleh, muka pelik. 
"Semalamkan kita dah lepak makan sama sama, sekarang kau tanya aku balik bila pulak? Kau pehal Angah tanya soalan pelik ni, sakit apa?" Angah pucat. Terduduk.