Saturday 30 August 2014

Merdeka




Aku bongkargali lubuk yang tuan kita semai dulu. Yang mereka tanam dalamnya benih benih suka. Yang dulunya dusun itu tapak perang yang ditawan. Lalu tuan kita tawan semula. Tuan kita tukar dusun tandus jadi taman yang mewangi. Berbunga mekar di setiap inci. Yang bunganya berjenis dan bermacam rona. Akarnya tidak serabut, tidak bertindih dan tidak celaru. Aku gemar taman yang dulu, sebab itu aku selongkar semua. Mungkin akan aku temui sebiji dua, benih gembira yang tertimbus dek zaman berganti. Mudah mudah, aku dan komrad boleh semai semula. Biar ia berputik jadi mawar yang indah mewarna. Agar kita boleh senyum bersama, semula dan selamanya.

Selamat Merdeka semua-nya.



Thursday 28 August 2014

#6


Sebab Tuhan tak jadikan manusia untuk hidup dan mati semata mata.




Saturday 16 August 2014

Teaser: Ros #1




        Frankie mundar mandir. Di tangan kanannya ada sekeping gambar Dato Muqriz yang bertanda pangkah dipegang sedari tadi. Pintu balkoni yang dibiar terbuka membolehkan cahaya bulan menerangi segenap bilik. Bulan mengambang malam itu menandakan hari sudah masuk ke penghujung bulan. Pergerakan Frankie perlahan saja. Sudah hampir setengah jam dia mundar mandir. Sesekali di benak fikirannya terbayang peristiwa silam 15 tahun lalu yang telah meragut kebahagiaannya. Wajah wajah mereka yang terlibat muncul satu persatu. Wajah wajah yang telah lama menyemai benci di dalam kalbu yang paling dalam dan membuahkan dendam yang menyakitkan. Dendamnya akan dilunaskan tidak lama lagi. Dia sesekali tersenyum membayangkan mereka yang telah dibunuh. Mr. Ranjiv, Zainal, Farhan dan Brother Roy antara mereka yang telah menjadi mangsanya. Perasaan puas sedikit tergambar di wajahnya. Namun dendam pada mereka yang masih belum dibunuh masih menjadi punca kemarahan di dalam jiwanya yang sakit. Frankie mendengus halus apabila terdengar sesuatu di luar balkoni.

        Berdiri sesusuk tubuh berselubung kepala dengan jaket kulit hitam. Sesusuk tubuh berdiri tegap merenung dirinya yang sedang mundar mandir. Sedar dirinya diperhati, Frankie berhenti melangkah. Ditenungnya kembali kelibat itu. Seseorang yang diselindung selubung kepala itu seakan tersenyum menghadapnya. Kelibat dengan tidak berwajah itu mendekati Frankie.

        “Hi.” Kata Loki.
        “Kau buat apa datang sini?” balas Frankie.

Loki tergelak kecil mendengar keluhan Frankie. Kemudian, dia menarik sebuah sofa kecil lalu menghenyakkan dirinya di atas sofa tersebut lantas bersandar dengan selesa.

        “Jangan cepat marah kawan, tenang.” Kata Loki.

Frankie mendengus. Dia seakan benci dengan kehadiran Loki di rumahnya. Namun tidak dihiraukannya sangat. Ditarik sebuah kerusi dan dia duduk menghadap luar balkoni. Pemandangan malam dengan lampu yang bergemerlapan memberi suatu perasaan mendamaikan walaupun di dalam dirinya sedang terbakar dek dendam yang membara.

        “Kenapa kau datang malam ni? Bukan ke kita tak boleh berada di tempat yang sama dalam satu masa.” Tanya Frankie.
       “Relax. Takde siapa yang nampak.” Jawab Loki sambil tergelak kecil. Dia membuka topeng yang menutup wajahnya itu lalu diletakkan ke atas meja. Namun biasan cahaya tidak cukup menampakkan wajahnya yang terselindung di sebalik selubung kepala.

        “Kau kenal dia ni?” tanya Frankie sambil mengunjukkan gambar Dato Muqriz kepada Loki.
        “Kenal. Musuh sejak sekian lama. Kenapa kau tak bunuh dia masa kat gudang tu?”
        “Belum tiba masanya. Yang kali ni, kau nak bunuh dia ke aku?”

Loki gelak sebelum terbatuk batuk.

       “Ini kau punya, bukan aku. Aku pilih the next one.”
       “Siapa?”
       “Aik, takkan kau tak tau? Penipu! Apa yang aku terfikir sekarang, itu jugak yang kau fikir babi.”
       “Jangan mencarut, tak baik.” Kata Frankie selamba.
       “Oh, bunuh orang tak apa, mencarut jangan. Okay.” Cebik Loki seraya tersenyum.

       “Hm, bila kau nak bunuh dia?” tanya Loki merujuk pada Dato Muqriz.
       “Minggu depan.”
       “Oh. So aku tak boleh datanglah minggu depan.”

Frankie bangun membetulkan jaket kulitnya. Loki turut bangun, juga membetulkan jaket kulitnya. Dia mengenakan topengnya semula. Diseluk poketnya lalu mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dan diletakkan di atas meja.

        “Nah. Hadiah untuk kau.” Kata Loki sambil tersengih di balik topengnya.
        “Baik bagi ‘dia’ daripada bagi aku.” Balas Frankie.
        “Dia?” tanya Loki sebelum mengangguk faham.
        “Oh dia.” Sambung Loki. Lalu terjun daripada balkoni dan menghilangkan diri disebalik kegelapan malam.

Frankie mengambil gambar Dato Muqriz yang diletakkan di atas meja sebentar tadi lalu dia mundar mandir semula. Marahnya masih meluap luap.


* * *


       Rafael tersedar daripada tidur. Jam sudah menunjukkan tiga dua puluh pagi. Selepas pulang daripada kerja petang tadi, dia segera balik ke rumah. Setibanya di rumah, dia melakukan sedikit kerja dan entah bila dia terlelap tidak disedarinya. Dia bangun lalu mencapai tuala kecil yang tersangkut di kerusi meja solek lantas bergerak ke bilik air. Setelah usai, dia keluar. Disangkutnya tuala kecil itu di kerusi meja solek itu semula. Mukanya yang dibasuh dengan air sebentar tadi memberi sedikit kesegaran walaupun dia tidak bercadang melakukan apa apa melainkan menyambung tidurnya kembali. Rafael duduk di birai katil sambil meluruskan kakinya yang sedikit lenguh dek tidur yang lama fikirnya. Dibiarkan bilik itu gelap dengan hanya lampu tidur suram yang terpasang, yang hanya menerangi sedikit saja sudut bilik itu. Dia mengesot di atas katil lalu menyandar pada dinding. Menyesal pula dia membasuh muka kerana dia terasa sedikit segar. Dicapai botol air mineral lalu diteguknya tiga kali.

        Dia memerhati sekeliling biliknya apabila mendapati seakan ada angin yang menerpa masuk. Dipandangnya ke balkoni biliknya. Ia terbuka luas. Dia jadi hairan, entah sejak bila dia membiarkan balkoni itu tidak tertutup pon dia tidak pasti.

        “Padanlah sejuk semacam” Rafael bermonolog.

Lalu dia bangun dan menarik sliding door. Langsir yang menjadi tirai pintu itu turut sama ditarik dan dibiarkan sedikit terbuka, membenarkan cahaya bulan masuk. Dia kembali semula ke katilnya. Rafael menepuk nepuk bantal kepalanya dan mengibas ngibas selimut sebelum baring di atas katil. Namun, dia terperasan sesuatu di atas meja solek yang dibiasi cahaya bulan. Sesuatu yang berbentuk pelik seperti gumpalan tisu memenuhi meja soleknya itu walaupun tidak terlalu banyak. Dia bangkit semula. Dia mendekati meja soleknya itu lalu mengambil gumpalan itu. Dirasanya menggunakan hujung jari. Terasa sejuk dan basah sedikit. Bulu bulu halus di permukaan gumpalan itu sedikit menjengkelkan. Tanpa berlengah, dia membuka suis lampu dan cahaya menerangi segenap bilik tidurnya itu.

        “Bunga ros?”