Friday 15 March 2013

Monolog Masa Depan


Tenang.
Betul betul tenang.

Dapat baring macam ni bukan senang. Setiap hari kalau boleh ada je aktiviti yang perlu aku buat. Kena pergi sana sini. Kena buat itu ini. Ini, dapat baring macam ni, sangat nikmat. Senang kata, bertuah!

Bila baring baring macam ni, aku suka berfikir. Aku ni asalnya bukanlah jenis yang suka sangat berfikir pasal hal hal lain. Tapi sejak sejak usia dah meningkat dewasa ni, aku rasa, fikir itu perlu - lebih lebih pasal masa depan.

Sekarang mungkin aku masih belajar. Masih terlalu awal untuk rancang masa depan. Tapi rasanya, apa salah fikir, rancang sikit sikit. At least, aku dapatlah berangan apa akan jadi pada aku dua tiga pat atau sepuluh tahun depan.

Lepas habis belajar, mungkin dalam umur 25 tahun aku dah kerja. Dah boleh layak jadi seorang engineer yang bertauliah – ini memang cita cita aku. Then, bila dah berkhidmat dalam dua tiga pat tahun, selalunya orang dah boleh naik jadi senior engineer. Waktu ni, rasanya dah boleh dah dapat title IR tu, kehkeh.

Masa tu mungkin dah umur 28 – 29 tahun gitu lah. Dalam area 30 tahun tu, aku target nak bukak butik pakaian. Ya, ini satu lagi passion aku. Serius, aku suka sangat dengan something yang orang kata relate dengan seni ni. Pada aku, butik ni satu idea sangat sangatlah gempak untuk aku fikirkan. Cuba bayangkan, one day, kau jalan dekat shopping mall yang besar gah, tetiba ada kedai brand kau sendiri, masa tu rasa macam ‘Wow!’. Act, aku sangat minat dengan designing or whatsoever it is dengan benda benda art ni.

Then, kalau nak ikut logik, butik ni aku tak rasa dalam dua tiga tahun nama kau dah besar. So, maybe amek masa paling kejap pon lima tahun, rasanya lah. So sementara menunggu butik tu jadi trending, aku cuba usahakan satu factory or maybe company yang datangnya daripada rumah, get it? - buat masa sekarang ni, aku kerja buat baju, bukan yang menjahit buat baju melayu baju kurung, tapi yang dok cop cop atas baju tu.  So, aku cadang, company from house ni, aku beli or sewa satu rumah, then jadikan rumah tu sebagai company. Dalam masa yang sama, aku ambillah bebudak muda yang nak isi sikit poket diorang kerja dengan aku, dan ini, adalah paling utama untuk aku tarik orang melayu. Bukan nak racist, tapi ini keutamaan. Aku kan orang melayu, so relevan lah kan?

Maybe bila dah ada company macam ni, aku boleh salurkan apa apa product ke butik yang tadi aku dah tubuhkan tadi tu. Wahh, nampak macam senang je. Tapi, mana ada benda mudah nak berjayakan? Lainlah kau menang loteri, itu lain cerita pulok dah.

Dalam umur 35 ke atas tu, masa tu kudrat pun dah tak seberapa aktif masa muda muda dulukan, jadi aku plan nak jadi writer, novelist or anything yang relate dengan penulisan. Benda yang ni, aku memang dah mula jinak jinak daripada sekarang. Kalau nak tahu kan, aku dah pun keluarkan satu buku, haaaa, tapi, tu pun kalau nak tahu lah, tak nak tahu pon takpe, peace! Plus, sambil sambil jadi writer tu, keluarkan sikit ilmu, jadi publisher. Mana mana writer independence tu bolehlah aku bantu, keluarkan karya diorang. Pada aku, bahan bacaan ni tak merugikan pun, lainlah benda tu yang lagha  macam majalah playboy, memang melingkuplah ilmu kau dapat tu!

Fikir fikir, berapa lama aku mampu lalui semua ni?

Nak make sure segalanya stabil, aku rasa, benda ni semua akan ambil masa sampailah umur aku 40++ Masa tu barulah aku boleh fikir nak rileks goyang kaki sikit. Maybe masa ni, aku dah boleh bukak restoran ke, kedai runcit ke, benda benda yang simple macam ni, rasanya boleh go on bila umur dah lanjut usia ni.

Haaa, apa jadi bila dah umur 50? Aiyokk, ini dah kategori tua. Haaa masa ni, anak anak pun mungkin dah besar, eceh. Dalam plan tak cakap pun bila nak kahwin, alih alih dah ada anak, apa pun tak boleh. So, setiap satu company tu dah boleh suruh diorang handle dah. Yang sorang jaga butik, yang sorang jaga factory, yang sorang jadi writer, yang sorang handle publisher punya kerja, yang sorang jaga restoran, yang sorang jaga kedai runcit ke mall ke kan, ewahh, banyak anak aku ni, haha.

See.
Bila plan semua ni, aku rasa macam happy semacam je. Aku rasa tak sabar nak tunggu masa tu semua akan tiba. Mungkin timing tu tak kena, boleh je anjak sikit, lambat sikitkan. Tapi still aku boleh follow the plan, itu dah baik dah. Kekadang benda macam ni kita kena fikir, baru kita boleh ada passion dalam hidup seharian kita. Kita kena dorong diri kita buat semua benda yang boleh. Sebab selagi kita tak cuba, kita tak tahu.  

Sometimes, you just need to keep believe. All is well.


“Once you have the ability to plan
about yourself, Then you have the ability to
conduct your life well. Even you’ll live for hundred years”