Sunday 29 December 2013

Tips cepat kaya.


Hi. Ini untuk anda yang nak buat duit.


1. Money rolling


Firstly, kau kene ada modal. Or dengan kata lain, kau kena ada duit starting. Let say, kau pinjam mak kau ke ayah kau ke, 50 ribu ringgit Malaysia. Then, dengan duit 50 ribu tu kau pergi bukak akaun bank atas nama syarikat kau sendiri. Contohnya, AKE Sdn Bhd.

Lepas dah ada akaun bank syarikat, kira status kau sekarang kau tengah run a company. So dengan duit 50 ribu tadi. Setiap bulan or setiap minggu kau bawak keluar masuk duit tu. Contoh, bulan pertama kau bawak keluar 15 ribu, then tak lama lepas tu kau masukkan balik 15 ribu tu. Kau buat benda ni ulang ulang dalam jangka masa tertentu, 12 bulan ke setahun setengah ke suka hati lah.

Sekarang bila kau dah bawak keluar masuk duit tu contohnya 15 bulan, kau pergi bank. Kali ni kau cakap kat pihak bank yang kau nak buat loan bank 500 ribu. Bila part ni, pihak bank akan minta statement bank. So, kau keluarkan statement akaun syarikat yang kau buat tadi at least tiga bulan. Bila pihak bank tengok akaun korang aktif ada keluar masuk, diorang akan rasa puas hati dan rasa yang korang ni takkan ada masalah bila part nak bayar pinjaman kemudian hari. At this phase, korang akan berjaya buat loan.


Now, korang dah dapat loan 500 ribu ringgit Malaysia. So, dengan duit ni korang pergiah cari aset. Beli rumah maybe, or tanah ke apa apa lah. Contohnya korang beli rumah. Tunggu lah beberapa bulan, korang renovate ke apa ke rumah tu then sampai masa korang jual aset dengan harga dua kali ganda daripada harga korang beli. Let say beli dan renovate rumah tu jumlah 400 ribu, so jual dengan harga 700 ribu ++ . Korang akan untung 300 ribu, right?




Jadi, bila dah untung tu, first sekali pergilah bayar balik dekat orang first sekali yang bagi duit starting kat korang tu, biar kurang satu beban. Dengan duit untung ni jugak, korang buat lah balik macam tadi again and again. Lelama duit untung tu bayar lah balik loan bank tu.

Bila dah rasa bosan dengan benda ni, try lah benda lain pulak. Banyak sebenarnya cara nak pergi jauh, nak kaya or something. Cuma kena usaha lebih sikit. Kena berani amek risiko. Well korang main dengan jumlah yang besar, kalau tak berani mananya boleh pergi jauh. Lagi satu, kena sabar. Nak berjaya memang slow, so kena sabar. Lama lama berjayalah

Ini bukan skim cepat kaya. Ini tips untuk kaya, katanya. Aku cuma tulis apa yang aku dengar daripada member kepada member aku. Sebab member kepada member aku tu dia buat macam ni and berjaya. Katanya lah. 



2. Fast food

Yang ini cara mudah. Cara paling simple. Even kau tak ada diploma, degree ke apa ke, dah boleh apply. Cari fast food restaurant macam KFC, McDonald, PizzaHut, Domino's or anything lah, then apply kerja dekat situ. 




Kalau tak silap lah, sebulan kerja dekat tempat ni boleh dapat RM1.5k, kalau rajin sikit, kamceng dengan manager boleh dapat lebih up to RM2k. Ada satu ni, Kenny Rodgers, gaji dia kecik sebab time kerja dia pendek daripada fast food lain, RM600 sebulan. Kotlah, aku pon tak sure mana. Then, kerjalah lama lama, rajin rajin. Kau kalau dah kerja lama, mesti naik pangkat kan? Bila pangkat dah naik, gaji pon mesti naik ye dak.

So cara yang ni, pepandailah pilih fast food yang korang nak join. K.



3. Writing

This one is something yang complicated. Writing ni memerlukan korang kreatif, ada idea melimpah ruah, atau kata lain, talented. Aku pernah terbaca dekat statistik apa tah, writing ni dalam range 1-10 cara untuk jadi jutawan. Macam logiklah jugakkan, pandang movie Harry Potter semua tu, memang jutawan lah cerita dia.

Benda utama, cari idea nak buat cerita macam mana, genre apa, susun plot bebaik, usha orang zaman sekarang suka cerita yang macam mana, then, tulis. Menulis ni kau perlu konsisiten, gigih, rajin, jangan tangguh tangguh dan kompetetif. So bila dah ada idea, kau set timing yang betul, start terus menulis. Bila dah siap, kau contact mana mana publisher yang kau rasa mantap di pasaran, hantar kat diorang. Kalau memang cerita kau menarik, siapa je tak nak terima kan? Ada rezeki, kau pergi jauh. Takde rezeki sekali, cuba lagi, rezeki kat mana mana je.



4. Cari aku.

Hah, yang ni tak banyak manalah kau dapat. Sikit sikit pun duit jugak ye dak? Hahaha. Boleh contact aku. 


Tuesday 3 December 2013

Pelik





Apa kau rasa kalau pandang, orang togak arak dekat depan masjid? 

'Marah.'

Tapi, cuba usya benda lain.

Apa kau rasa kalau kau nampak, pak ustaz, pak lebai, lelaki berkopiah, atau orang lalu lalang yang melepak tepi masjid, hisap sepuntung rokok? 

'Biasalah tu. Benda normal. Orang selalu buat.'

Arak tu haram sebab dia menghilangkan kewarasan akal. Membahayakan kesihatan, Rokok bahaya untuk kesihatan. Rosakkan organ badan. So, rokok pon haram. Quite same. Kenapa tak ada rasa nak pelempang?

Manusia dan dunia. Memang pelik.