Saturday 19 January 2013

Think and Thanks



Tak semua orang suka bila apa yang dia nak, dia tak dapat. Kekadang kita terlalu fikirkan something sampai apa yang kita rasa kita nak, kita stresskan otak kita ni yang kita wajib dapat benda tu. Kau tak rasa macam bodoh ke bila ada pemikiran macam tu? Pemikiran yang tak bebas, pemikiran yang terkongkong ni ha? Mungkin hari ni apa yang kau hajatkan tak kesampaian, janganlah putus asa. Hari esokkan masih ada. Cuba tenang, fikir, mungkin Tuhan tak mahu berikan kita sekarang, sebab belum sampai timingnya. Sabar. Bila kena timing yang betul, jangan risau jangan kalut, impian kau akan termakbul. Bila dah dapat apa yang kau harapkan tu nanti, janganlah lupa diri nak bersyukur. Cukuplah sekadar ucap 'alhamdulillah' atau membalikkan segala puji pujian pada yang Maha Esa. Bila fikir fikir balik, buat apa gelisah fikirkan something terlalu dalam sampai jadikan kau putus asa, kecewa dengan hidup yang kau lalui ni. Mungkin kat sini kita fikir kita jalani 'nightmare', tapi sedarlah, tu nun jauh disana, dalam dunia yang sama, ada orang yang hadapi 'double nightmare', lagi teruk daripada kita. Jadi, konklusinya, bersyukurlah dengan apa yang ada.