Sunday 5 July 2015

#9



Because we never know. Never know what's lying in the future.



Saturday 2 May 2015

Menerawang


Pukul 1 pagi aku pulang ke rumah. Bilik itu gelap jadi aku tekan suis lampu pada dinding dan bilik itu mula terang. Aku campakkan beg sandang ke tepi katil dan ku letak handphone, wallet dan gelang tangan di atas almari solek bercermin. Aku labuhkan tubuh ke atas katil empuk. 

Letih sungguh hari ni. Mungkin dek perjalanan panjang yang aku tempuhi sedari petang tadi daripada bangi ke johor. Lama aku tak pulang ke rumah ini, hampir dua bulan. Susun atur bilik ini pun sudah berubah. Katil dah beralih, almari baju sudah beralih dan lampu tidur sudah dibaiki. Mungkin emakku rimas lihat bilikku yang tidak dihuni, saje sibukkan diri mengubah susun aturnya. Aku tak kisah, asalkan isinya tidak di ambil buang.

Aku pandang jam pada handphone yang baru diraih - sudah hampir pukul 2 pagi. Aku masih belum mandi, masih belum membersihkan diri. Letih membuatkan aku malas lakukan apa apa. Aku cuma mahu baring sebentar. Aku tenung ke siling rumah, fikiranku mula menerawang.

Apa akan jadi pada aku setahun, 5 tahun, enam, tujuh, sepuluh, dua puluh tahun hadapan? Masihkah aku baring di bilik ini? Masihkah aku keseorangan? Mungkinkah akan ada perempuan yang baring di sebelahku sebagai isteri? Mungkinkah suatu hari nanti akan ada tangis anak kecil di dalam bilik tidurku lima enam tujuh tahun akan datang? Aku senyum sendiri memikirkan perihal diri. 

Laungan anjing di luar kedengaran, menyahut nyahut. Kemungkinan dia melihat hantu atau jembalang. Dan buat seketika, fikiranku berhenti pada satu perihal. Ini buat aku sedikit gusar. Mampu ke aku sampai sejauh itu enam, tujuh, sepuluh, dua puluh tahun akan datang, mampu ke? 

Laungan anjing masih bertalu talu kedengaran. Fikiranku masih menerawang ke sana sini. Waktu terus bergerak. Malam sudah kelam, manusia ramai yang sudah pejam, hari sudah larut malam, sudah tiba masa ucap selamat malam.

Aku bangkit daripada katil. Tuala diraih lalu bergerak ke bilik air. Aku mau mandi. Kemudian, aku mau tidur.


Friday 27 February 2015

#8


Aku tak tau kenapa, aku suka tengok video lagu ni. Dia nampak.. bahagia.

Ye, bahagia. 




"Bersama kamu, ku jadi tahu. Artinya waktu lebih berharga dari harta dunia. Bersama kamu, ku rasa jauh. Lebih mengerti arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta."



Friday 30 January 2015

Tuhan


Sesetengah orang tahu yang Tuhan ciptakan mereka. Jadi kenapa mereka cipta Tuhan semula?

Sesetengah orang tahu yang Tuhan itu sangat berkuasa, sebabtu terciptanya manusia. Tapi kenapa mereka tidak takut sama Tuhan?

Sesetengah orang tahu yang Tuhan itu ada melihat semuanya. Jadi kenapa mereka masih lakukan dosa terang-terangan?

Sesetengah orang anggap yang Tuhan ada di atas, jadi kenapa mereka tidak bawanya turun ke bawah dan disembah dengan sesungguhnya?

Sesetengah orang tahu yang Tuhan itu yang berikan segala sesuatu yang baik. Jadi kenapa mereka marah bila diberi sesuatu yang tidak baik?

Sebab,

Mereka tahu Tuhan itu Maha Pengampun. Jadi mereka biarkan diri alpa dengan dunia dulu. Mereka ingin tunggu hingga ke penghujung baru kembali kepadaNya.

Mungkin sempat, mungkin tidak.

Mungkin syurga, mungkin neraka.