Kalau korang pernah tengok video clip The One Who Got Away yang Katy Perry nyanyi tu, korang akan nampak betapa payahnya bila dua orang otak kanan bersatu. Artists make the most beautiful pairs. But they also make the most fragile duo. Sebab itu bila orang tanya "Kenapa Damien Rice putus dgn Lisa Hannigan? They were the awesome two" "Kenapa Glen Hansard dan Marketa Irglova perlu berpisah? They were great together" --Aku sengih. payah weh. Creative differences bukan benda kecik. Sebab itu biasanya creative people ended up alone. Sebab artwork kau adalah artwork kau. Macam mana orang nak ekjas artwork kau pun, kau lebih bahagia dengan artwork sumbing kau. Sebab itu kau. Love is all about chemistry. Dan orang main seni ni biasanya loner yang main pasir sorang sorang kat hujung padang, tanpa perlu tolerate kimia siapa siapa. Tapi ah, kadang kadang tak perlu jadi orang seni pun. Kita pun macam tu. Ada kepala sendiri. Dan tak biasa dengan landasan yang kita perlu ikut, dah biasa pandu hidup sendiri. Tiba tiba datang orang pegang stereng kita, memang kelam kabut. So ask yourselves. Mana lagi berbaloi? Masterpiece atau chemistry? Sebab itu orang bahagia sudah tidak ada masterpiece. Sebab itu ramai ahli seni besar menolak bahagia. Mencari masalah dan mahu dengan warasnya mencari agoni. For only with the most broken heart, will you be inspired to write a masterpiece that will last an eternity. -- Fynn Jamal
Wednesday, 29 January 2014
#1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Try bukak blog ni spicyysugarr.blogspot.com
Boleh tahan la ayat dia.. best
Post a Comment