Friday, 28 February 2014

Percaya pada doa.



Ada satu malam, aku nak pergi main futsal. Member aku letak handphone, wallet dan sekotak rokok dalam beg aku.

Motor bergerak dan sepuluh minit, sampai di gelanggang. Beg yang aku galas, aku bawak masuk dalam court, takut hilang. Banyak khazanah dalamnya. Main macam biasa, kaki tangan semua dah warm up. Game selama sejam tu rasa puas, sedap. Jam dah 0245 pagi.

“Pal, nak wallet.”

Aku pon keluarkan wallet coklat dan serah. Member aku keluarkan duit sepuluh ringgit dan serah pada aku, suruh aku kutip duit futsal malam tu.

“Pal, nak handphone.”

Aku raba beg semula. Rasa tak sedap hati. Aku bukak beg luas luas, macam takde. Aku tabur keluar semua barang. Takde. Sebijik handphone putih member aku takde. Kotak rokok, wallet aku, tracksuit lebih aku ada. Sebijik handphone itu je yang takde.

“Takde Pit. Kau ada letak ke tadi?” 

“Ada pal. Sekali dengan wallet dengan Surya.”

Aku check sekali lagi. Langsung takde. Aku dah panik. Aku lupa beg aku berlubang. Sumpah lupa. Handphone orang ni. Aku cari merata, dalam court, luar court, takde jugak, tak jumpa. Member dah buat muka murung, muka muncung, handphone kesayangan hilang. Aku call housemate suruh cari kot kot member aku tertinggal kat rumah ke macam mana, housemate cakap takde jugak. Aku risau teruk. Port lepak, minum minum sebelum balik rumah, member memang diam je, tak bercakap. Mana tak, handphone hilang. Sebab beg aku yang koyak. Duh, potong.

Aku minum cepat cepat, aku rasa nak cari. Dalam hati, memang risau semacam. Kalau barang sendiri, aku boleh gagah lagi terima hakikat yang barang dah hilang, ini barang orang, itu point. So aku bonceng motor cari semula kat jalan datang court futsal tadi. Pukul tiga pagi, cari handphone kat jalan yang gelap takde lampu jalan. Sambil cari sambil call. Panggilan bersambut, maknanya masih ada, tak kena curi, tak pecah berderai. Aku teringat, aku terbaca dalam twitter sebelum ni, aku lupa siapa tweet.

“Bacalah selalu ‘La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin’ kerana kalimah ini memiliki rahsia untuk hilangkan segala kesusahan.”

Jadi aku baca ini dalam hati. Aku bergantung pada Tuhan untuk bantu aku. Sambil cari, sambil call. Tak lama aku cari, ada benda bercahaya kat tepi jalan. Handphone!

Aku suruh member aku berhenti. Aku turun daripada motor. Aku ambil handphone cepat cepat. Jalan tu gelap, terasa bahaya. Dalam hati aku, syukur dan happy. Aku syukur, Tuhan bantu aku. Tuhan mudahkan kesusahan aku. ---


Doa kita tak semestinya Tuhan makbulkan terus. Kalau tak termakbul, doa kita bukan Tuhan tak dengar. Cuma Dia lebih tau apa yang lebih baik untuk kita. Teruskan doa dan sentiasa yakin dan percaya.


No comments: