Sunday, 23 March 2014

Jangan layu sampai bila bila


Kalau Melayu macam ni, Melayu memang takkan maju. Kalau hidup dia masih dengan janji tak serupa bikin, masih dengan sikap sambil lewa, malas dan tak bertanggungjawabnya, Melayu memang takkan maju. Bukan nak tuding asal malas je, asal silap je semua Melayu. Bukan. Tapi kalau kau pandang realiti kehidupan, pandang sekeliling, benda benda ni semua kebanyakannya datang daripada Melayu. Tuah pernah cakap, "takkan hilang Melayu di dunia." Memang takkan hilang. Sikap Melayu tu takkan pernah hilang. Mungkin sebab kenapa ia digelar Melayu, sebab ada 'layu' dalam Melayu. Dan kalau orang kata kita dah moden, dunia dah canggih, teknologi dah power, 'Janji Melayu' tetap masih relevan. Masa tak boleh tutup sikap alpa kita, tak boleh. Melainkan, kita, Melayu ubah makna 'layu' dalam Melayu.


No comments: