Wednesday, 22 October 2014

Konotasi


Terbanglah ke mari, cuba gali tanah tandus yang kau beli. Di balik sana mungkin kan kau temui lubuk yang kau cari selama ini. Siulkan kata aluan bila kau kecapi, jauhi terus sunyi. Beri laluan pada yang masih belum mati, yang baik kongsi kongsi. Jika langit sudah kau hinggapi, lautan pula harus kau perolehi. Sedalam dalamnya harus kau selami, bukan takat renang tepi tepi. Mungkin di situ nanti, ada sang duyung menanti. Kata di bibir yang meniti, setiap cebis aksara sila ingati, tiap satu ruang mimpi kau harus jelajahi. Redah saja kawah api dan gaung tinggi, usah peduli. Jika hidup sebuah mainan maka sertai. Kekal teguh dan terus berlari. Selagi belum hilang mentari, jangan pernah berhenti mencari, Selagi ada pagi, nikmati. Sebab Tuhan cantum tanah cipta kita jadi, bukan cuma untuk hidup dan mati.



No comments: