Wednesday, 12 November 2014

Date dengan Jane



Jane ni seorang gadis yang tipikal. Jenis gadis yang kau boleh jumpa di mana-mana. Tapi tak bermakna sifat klise dia ni buat aku menyampah. No, I am not against it. Sebab perempuan is a perempuan, lumrah yang mungkin diorang sendiri tak tau nak ubah macam mana.


Pagi tu, bila jam loceng berbunyi dengan lagu Famous Last Words daripada band My Chemical Romance aku terus bangun cari punat jam. Sebab kalau dibiarkan, memang bingit. Lagu tu sebenarnya pasal cinta, tapi soul cinta tu disampaikan dengan konsep rebel. Joel, Billy nak sampaikan tentang dunia cinta yang dilalui dengan penuh rasa ketidakpuashatian. Yah, same goes to me. Dengan lagu ni jugaklah buat aku terbangun daripada tidur dengan ketidakpuashatian. Oh ironi.

Aku tenung digit pada jam. 9:56 pagi. Blur. Aku tak tau nak fikir apa. Kenapa aku set pukul 9 pagi, kenapa? Apa kerja aku perlukan setelkan? Aku cuba raih ingatan. Damn! Aku janji nak jumpa Jane hari ni, pukul 10. Ada 4 minit lagi, mati aku. Jane ni pantang betul orang lewat, habis aku kena bebel nanti. Aku pun bingkas bangun, capai tuala daripada ampaian lalu bergegas ke bilik air. Air pancut aku buka, bercucuran air jatuh ke atas kepala. Waktu ni aku terfikir, kenapa aku perlu tergesa-gesa sangat. Kenapa nak risau? Padahal benda dah jadi. Aku benci dengan sikap yang satu ni. Risau dengan benda yang dah berlaku. Apa dengan risau tu boleh kau berhentikan masa, lepas tu set untuk undur semula. Tak. Jadi aku mandi dengan sempurna tanpa hirau waktu date. Dah terlambat, nanti aku mintalah maaf. Kena bebel, tahanlah telinga. Setel.

Lepas bersiap, aku keluar bersarapan dekat kedai mamak hujung selekoh tak jauh daripada rumah, ada lah dalam 5 minit berjalan kaki. Aku ni jenis tak memilih sangat makan dekat mana dan makan apa. Asalkan benda boleh makan, mengenyangkan aku dah rasa cukup. Buat apa entah memilih sangat bab makanan ni, sedangkan kat Afrika sana, orang nak makan pun susah.

Aku teruskan perjalanan dengan menaiki LRT di Eco Park. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku dah lebih 30 minit daripada waktu yang dijanjikan. Takde pulak si Jane mesej aku bertanya kat mana. Aku pandang sekeliling, aku tengok setiap orang yang ada. Tak ramai mana orang. Mungkin sebab hari ni hari Selasa, waktu warga kota tengah kerja. Aku pandang seorang ibu yang sedang meriba anaknya. Anak kecil tu sedang lena dengan kepala lena ke bahu ibunya. Nampak tenang, cukup tenang. Kekadang aku terfikir nak jadi kanak-kanak semula. Bebas daripada semuanya. Tak payah risau dengan perihal dunia. Tak perlu risau kalau-kalau duit harian tak cukup. Tak perlu hadap stress dan sebagainya. Aku ingat lagi masa aku kecik dulu, cikgu ada tanya tentang cita-cita. Aku tak macam budak lain yang jawab nak jadi angkasawan, saintis, pakar bedah dan lain-lain cita-cita yang sangat klise.

Aku jawab dengan tenang, 
“Saya nak cepat jadi orang dewasa cikgu.”
“Kenapa?”
“Saya nak hadap dunia. Nak betulkan mana yang tak betul. Nak jadi superhero yang menjadi penyelamat dunia.”

Selesai aku memberi penjelasan, cikgu aku dengan semua ahli kelas bantai gelak. Cibai, aku punyalah serius, diorang fikir aku melawak.
“Budak kecik akan tetap budak kecik.” 
Tu ayat terakhir cikgu aku sebelum dia bergerak ke mejanya semula dan mula buka buku teks dan mulakan sesi pengajaran tatabahasa.

Bila aku fikir balik, dengan umur seusia begitu, aku rasa aku dah cukup matang. Aku nak cepat jadi dewasa. Sayangnya, apa yang aku gambarkan masa tu tak sama dengan apa yang aku sedang lalui sekarang. Terlalu jauh bezanya. Superhero untuk selamatkan dunia. Dunia sekarang tak boleh diselamatkan even superhero itu betul-betul wujud. Kids out there, let me tell you, never dream to grow faster.
‘Stesen Sea Park! Sea Park!”
Leka aku berfikir sampai tak sedar yang rupanya aku dah sampai ke destinasi. Aku keluar daripada tren dan berjalan kaki ke St. Mall. Jane kata dia tunggu aku dekat air pancut berdekatan pintu masuk mall tu, jadi nak mudahkan keadaan aku terus gerak je tanpa banyak cakap.

Daripada jauh aku nampak Jane dengan dress up hipsternya. Bertshirt lengan pendek kelabu dipadan dengan skirt paras betis rona hitam dan berkasut Nike Roshe. Aku suka dress up dia macam tu, nampak ayu. Aku tarik kerusi di sebelahnya dan labuhkan punggung tanpa berkata apa-apa. Bunyi denting kerusi besi dengan lantai buatkan Jane toleh pada aku. Muka dia terus berkerut dan berubah masam. Aku tau dia marah sebab aku lambat sejam daripada dijanjikan. Sebelum dia cakap apa-apa, aku minta maaf dulu.
“Sorry.”
“Apa you ni, dah pukul 12 tau, janji pukul 10. You lewat dekat dua jam!” bebel Jane.
“Lewat bangunlah.” Aku jawab jujur. Malas bagi alasan yang tak betul.
“Always!” dia diam. Dia hirup kopi Starbucks yang aku tengok dah tinggal sedikit.
“Dah, jomlah. Kata nak bawa I tempat date special.” Tangan Jane aku raih. Aku cuba tenangkan keadaan yang nampak tegang ni.

Riak wajah Jane nampak tenang. Dah tak masam seperti tadi. Touch-thingy berjaya. Dia pun bangkit. Dia capai tisu dua tiga helai. Aku sempat jeling, seakan ada tulisan dan simbol love di atas tisu itu. Aku endahkan saja. Mungkin Jane terlalu bosan sampai tisu pun dicontengnya.

Jane pimpin tangan aku. Jauh jugak berjalan sampai ke bahagian utara mall yang besar ini. Dia berhenti melangkah betul-betul depan pintu gerbang Sea World. Aku berkerut. Ini ke tempat date specialnya? Kami pun melangkah masuk. Aku cuba tak soal banyak. Sea World ni kira zoo untuk hidupan lautlah. Dibina dengan tank kaca besar. Cukup memuatkan ikan paus di dalamnya. Aku perhati ikan-ikan ni berenang, berpusing-pusing dalam air tu. Si Jane sedari tadi dengan kamera di tangan. Sekejap-sekejap dia memetik gambar. Mengambil gambar hidupan yang susah dijumpai katanya.

Jane mendekat dengan senyuman yang cukup manis. Dengan lesung pipitnya tu, mencairkan sungguh. Tapi not this time. Aku macam takde mood nak cair dengan senyuman bidadarinya itu.
“Why Amer? Macam tak suka je date dekat sini.”

Aku ukir senyum. Tapi aku rasa janggal, sebab senyum aku bukan senyum yang ikhlas. Entahlah, hati aku macam memberontak. Memberontak dengan situasi semasa ni.
“Bagitaulah I kalau tak suka.”

Aku tenung Jane. Lepas tu, aku tenung ke tank-tank kaca sekeliling. Aku pandang ikan-ikan di dalamnya itu. Berenang-berenang di dalam pusaran yang sama. Tanpa sedar, aku mengeluh.
“People are ignorant.”
Jane berkerut. “Why? I don’t get it.”
“Ocean is their home, not tanks. Sad to know that they will probably live there for the rest of their life. Helping humans rake in profits then die there.“
“Tapi Amer, mungkin diorang buat macam ni sebab nak protect these animals from extinction. That’s why lah.”

Aku seakan nak tergelak dengar jawapan sebegitu keluar daripada mulut Jane.
“Habitat diorang lautan. Itu tempat asalnya, itu dunia mereka. Siapa yang musahkan habitat mereka kalau bukan manusia sendiri? Lepas tu culik mereka daripada rumah dan bawa ke rumah baru konon sebagai perlindungan, shit. Sebab tu I cakap, orang sekarang are ignorant. Go lock yourself in a small room for 30 years. And you’ll know how they feel.”

        “I tak fahamlah dengan you ni.” Jane lepaskan satu keluhan yang kedengaran berat. Aku lihat dia seakan hampa. Tapi aku tak kisah, sebab aku cakap benda yang aku rasa betul. Dunia terlalu pentingkan diri. Pegangan ‘humans are always right’ tu semua bullshit.


Aku sorot pandang kelibat Jane yang menuju keluar daripada Sea World. Aku rasa, date hari ni mungkin tak berjalan seperti dirancang.



No comments: